KLIK KLIK

5.8.14

Lontong Ibu Mertua Ku


Assalamualaikum...

Hari ni 9 Syawal 1435H. Baru kesempatan jugak aku nak update pasal menu wajib Aidilfitri di rumah ibu mertuaku... Mak kan ramai adik beradik... setiap adik beradik mak ada menu special tersendiri. Jadi, tak de
lah nak bergaduh rebut-rebut menu bila buat open house kan... Makanya cuti seminggu tu, aku memang kenyang perut laa menjamah menu wajib di rumah dorang. 

Di rumah mertuaku, sudah tentu setiap tahun lontong menjadi perhatian. Sanak-saudara memang termimpi-mimpilah kalau tak dapat makan lontong ibu mertua ku... hikhik hik.. ok, tipu! Asalnya aku ni tak makan lontong. Memang tak pandai nak makan. Tapi sejak kahwin dengan orang berdarah Jawa ni, apa lagi... pekena sekali, nak lagi waa cakap lu.... 

Resepi ni, ibu mertuaku dapat daripada ibu mertuanya... hehehe....
Sebab tu entry ni namanya Lontong Ibu Mertua Ku.... 
Cuma mak, olah sikit resepi lontong ibu mertuanya.... 
Mana laa tahu kalau aku dah expert buat lontong nanti, aku ajar menantu aku pulak kan...
Pastu, menantu aku up dalam blog, pastu ajar menantu dia... dan menantu dia ajar menantu dia...... sampai ke sudah.... heheeh LONTONG IBU MERTUA... para menantu je boleh belajar. heheheeh

Nampak macam senang je, main campak-campak.... Ok, tak mau taip panjang-panjang...... aku share resepi Lontong Ibu Mertua Ku. 

*****************************************

A) Nasi Daun Pisang

Bahan-bahannya :
1) Beras - Ikot sukatan yang sesuai mengikut jumlah orang yang nak makan. Basuh.
2) Daun pisang - dipotong/digunting dalam jarak 2 jengkal setengah.

Cara membuat :
1) Daun pisang dilayurkan diatas api (kedua-dua bahagian daun luar & dlm)
2) Lap kan semua habuk yang melekat pada daun pisang.
3) Gulungkan bahagian belakang daun pisang ke dalam (untuk hasilkan lontong berwarna hijau).
4) Hujung daun dilipat dan di cucuk dengan pencungkil gigi.
5) Masukkan beras separuh daripada daun pisang.
6) Lipat hujung daun dan cucuk dengan pencungkil gigi.
7) Panaskan air dalam periuk besar.
8) Rebus nasi daun pisang selama lebih kurang 6 jam. (macam buat ketupat)
9) Setelah nasi telah siap, angkat dan toskan.
10) Siramkan air paip. (supaya beras tidak kembang lagi).
11) Biarkan sehingga hilang panasnye.

Contoh daun pisang yang siap sedia untuk diisi beras.


Lontong yang siap dipotong berwarna hijau.

Nasi rasa daun pisang. Terbaik!!!


B. Kuah Lontong

Bahan-bahannya :
1) Minyak masak.
2) Bawang merah dikisar.
3) Bawang putih dikisar.
4) Halia dikisar.
5) Serai 5-7 batang.
6) Cili boh/dikisar.
7) Udang kering dikisar
8) Air.
9) Cendawan.
10) Daging (dihiris)
11) Kentang (dipotong dadu)
12) Lobak merah
13) Soohoon
14) Susu Isian Sejat F&N tin biru.
15) Foocuk
16) Garam kasar
17) Gula
18) Secukup rasa.

Cara membuatnya :
1) Masukkan minyak masak sehingga panas.
2) Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia 2-3minit hingga naik bau.
3) Masukkan serai, cili kisar dan udang kering hingga masak 2-3 minit (hingga cili masak/pecah minyak)
4) Masukkan air. Tunggu sampai mendidih.
5) Masukkan cendawan, hirisan daging dan kentang. Biarkan sehingga air menggelegak / kentang empuk.
6) Masukkan lobak merah dan soohoon. *soohoon jangan masuk banyak sangat nanti kembang tak sedap.
7) Masukkan susu isian sejat F&N tin biru mengikut sukatan berapa orang makan. 
*aku masak untuk berpuluh orang makan, satu periuk besar. Jadi aku masukkan 7 tin susu. Kasi ngam / sebati dengan air dan bahan-bahannya supaya tidak cair / terlalu pekat. Sedang-sedang saja.
8) Masukkan fuucuk.
9) Masukan garam kasar. *aku masukkan 10 sudu kecil.
10) Masukkan secukup rasa 5 sudu kecil.
11) Masukkan gula 3 sudu besar.
*Pandai-pandailah mengagak tolak tambah perasa kasi rasanya ummmpphhh!!!
*Petua : jangan letak periuk atas lantai, nanti kuah lontong cepat basi.


Nah, ambik seperiuk besar! Makan sampai puas! =D

C. Sambal Bilis

Bahan-bahannya :
1) Bawang merah dikisar
2) Bawah putih dikisar
3) Cili boh / dikisar
4) Ikan bilis. (basuh & toskan)
5) Asam jawa
6) Belacan
7) Gula merah.
8) Gula
9) Garam
10)Secukup rasa.
11) Minyak

Cara membuatnya :
1) Tumis dua-tiga minit bawang merah & bawang putih yang telah dikisar sampai sedikit masak / bertukar warna / naik bau.
2) Masukkan cili boh/kisar. *Aku masukkan 30sudu sup. *bergantung pada berapa banyak ikan bilis. Masak 2-3 minit sampai ok-ok.
3) Masukkan ikan bilis.
4) Masak hingga pecah minyak.
5) Masukkan air asam jawa (diperah) dengan belacan yang telah dibancuh bersama.
6) Masukkan gula merah yang dibancuh. (warna gula merah menambahkan daya penarik sambal bilis lebih sexy).
7) Masukkan bahan perisa garam, gula & secukup rasa.
*Sambal bilis pelengkap lontong yang sempurna!

Taraaaa!!!!!
LONTONG IBU MERTUA KU

Post a Comment

Klik Sekali