KLIK KLIK

26.10.13

Bergedil Ikut Suka Hati

Bismillahirrahmanirrahim....

Hari ni hari Sabtu. Jarang aku cuti hari Sabtu sebab hari Sabtu aku selalu je kerja... Apakan daya bila kerja macam ni, tanggungjawab kenalah pikul dengan seikhlasnya. Masih menunggu masa untuk pengurusan masa diri sendiri dan keluarga.

Alhamdulillah, hari ni dapat la cuti separuh hari. Dari pagi sampai laa jam 4.00 petang menguruskan rumah tangga. Basuh-membasuh baju, kemas-mengemas rumah, masak-memasak. Hari ni bikin bergedil. Ambil kesempatan ni untuk kongsi dengan kamu semua ye.. Awal-awal aku bagitau, aku main hentam je ni. Tak reti nak sukat-sukat.. sebab selalu ikot sedap rasa hati je nak campak-campak. Heheheh....
"Masak dari hati, masak with iman" bak kate Chef Amar. hehehe


Bahan-bahan :
1. Ubi kentang direbus.
2. Daging cincang
3. Bawang 
4. Daun sup
5. Telur
6. Garam
7. Lada sulah
8. Lada hitam


Cara membuat :
1. Ubi kentang ~
~direbus dengan kulitnya sehingga masak. Ditos. Buang kulit. Lenyet-lenyet dalam mangkuk.

2. Daging cincang 
~ gaul sekali dalam mangkuk kentang.

3. Bawang 
~ Diracik-racik. (terpulang la nak hiris-hiris ke, nak dadu-dadu ke,semuanya boleh). Pun campak dlm mangkuk ubi.

4. Daun Sup 
~ Hiris-hiris, tabur dlam dalam mangkuk tu... 

(1-4) Gaul dan gaul sampai sebati.

5. Pecahkan telur dlam mangkuk. 
 ~(Ubi kentang aku lebih kurang 12 bijik sebesar penumpuk budak 6 tahun). jadi tengok-tengok tu, pecah 3 biji telur dah ok)

Gaul dan gaul lagi smpai sebati.

6. Masukkan serbuk perasa iaitu garam, lada sulah & lada hitam. 
Ikot suka korang la nak tabur banyak mana, nak lebih hangat atau nak lebih garam.



Bila dah gaul sebati semua... pastu pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk lain. Kacau-kacau telur tu. Kita ready nak goreng ni.

Aduan tadi kita bulat-bulatkan, leper-leperkan... ikot suka korang laa nak buat bentuk mcm mana... tebal ke, kecil ke, besar ke. 


Panaskan kuali. Masuk minyak dalam 2 atau 3 cawan. Minyak kena banyak yea. Panaskan minyak atas dapur, dah ready nak masak tu, ambil aduan tu, celup dalam mangkuk telur dan terus masuk dalam kuali... Agak-agak dah masak, dah bertukar warna, kekuningan atau kecoklatan, boleh laa angkat. Ready untuk dihidangkan.


Senang je kan.

Selamat mencuba.
Post a Comment

Klik Sekali