KLIK KLIK

28.5.13

SEMAK ARAH KIBLAT ANDA






Assalamualaikum wbt.

Insyaallah pada hari ini, matahari akan berada tegak di atas Ka'bah (fenomena istiwa') pada jam 5:16 petang. Justeru, kita semua berpeluang untuk menyemak arah kiblat rumah / pejabat kita melalui bayang-bayang objek yang tegak, seperti tiang rumah, atau benang yang kita gantung di atas sesuatu. 

Caranya ialah:

1. Perbetulkan jam anda tepat pada waktu yang standard (semak di talian 1051)

2. Pastikan objek yang betul-betul tegak 90 darjah di lokasi yang ingin anda semak. Cadangan terbaik ialah bayang-bayang rumah kita sendiri, atau di tempat lapang, ikat tali/benang di atas tripod, dan letakkan batu ladung/pemberat di tali/benang berkenaan (kekurangannya ialah tali/benang tersebut mungkin akan bergerak).

3. Sediakan pen marker.

4. Tepat jam 5:16 petang, 28 Mei 2013, dalam tempoh lebih kurang seminit setengah sahaja, dengan menggunakan pen marker, tandakan bayang-bayang tersebut (garisan lurus tegak). Bayang-bayang akan cenderung ke arah timur. Arah qiblat yang tepat ialah ke bahagian barat. Anda juga boleh mengambil gambar foto bayang-bayang bangunan dari tingkat bangunan yang lebih tinggi. Itulah arah qiblat sebenar anda. 

Ingat, pastikan anda perbetulkan jam pada waktu yang tepat, serta fenomena ini hanya berlaku mulai jam 5:16 petang, selama lebih kurang seminit setengah sahaja.

Sedikit vodcast panduan ringkas langkah praktikal untuk membuat semakan, boleh rujuk :

Post a Comment

Klik Sekali