KLIK KLIK

4.3.13

PRAY FOR SABAH

Asalamualaikum kawan-kawan, teman-teman, rakan-rakan blogger sekalian.

Berniat enggan mengulas panjang dalam entri kali ini.

Cuma meluah sedikit rasa hati.

Apa yang berlaku dalam negara hari ini.

Apa yang dah digembar gemburkan Negeri Di Bawah Bayu sana...

Aku pasti, semua orang dah tahu cerita ini.

Kalau yang belum tahu, silalah ambil tahu.

Aku sangat risaukan Malaysia.

Sabah, salah satu negeri yang aku sayangi.

Yang aku sukai.....

Berita ini sangat menakutkan aku.

Bertambah pula dengan 2 Komando yang terbunuh.

Aku mula terfikir tentang isteri & anak-anak mereka.

Walau kerajaan menjanjikan pampasan kepada pejuang negara,

Walau membantu meringankan beban, namun tidak dapat menggantikan dengan seorang suami & ayah.

Dan ...

Lagi sekali kita dikejutkan dengan 5 anggota polis yang terkorban...

Ya Allah, selamatkan mereka.

Marilah kita semua berdoa untuk keharmonian negara kita, terutama di Lahad Datu.

Sebelum perkara ini menjadi lebih besar...

Sebelum bertambah jumlah yang terkorban...

Kita juga punya senjata.

BERDOALAH.

Itu senjata orang mukmin.

BERDOALAH tanpa henti.

BERDOALAH tanpa jemu.

.....

BERDOALAH.


Post a Comment

Klik Sekali