KLIK KLIK

5.3.13

Lelaki dan Perempuan boleh guna.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Malas nak celoteh panjang lebar, agaknya korang pun bukan rajin nak membaca entri berjela-jela kan.

Aku cuma nak kongsi produk yang aku guna hampir 3 bulan sudah ni...

NUTRIGANICS ~ Smoothing Eye Cream



Produk keluaran The Body Shop.
Produk ni memang terbaik selama aku pakai 3 bulan ni.

Produk ni sebenarnya untuk menghilangkan lebam bawah mata.
Tiada lagi mata panda anda...

Sesuailah untuk orang yang macam aku,
Yang selalu tido lewat, bangun awal....
Yang mata tak cukup rehat...
Yang akhirnya akan esok bangun pagi-pagi tengok wajah di cermin tak boleh beza diri sendiri dengan panda...
Nah, ini lah penyelesaiannya!

CARA GUNA
Pagi, selepas mandi wangi-wangi...
Malam, sebelum tidur...
Sapu di sekeliling mata pada waktu pagi dan malam.

Disamping itu, amalkan minum air masak 8 gelas sehari ye, kawan-kawan.
Ini memang peraturan badan.


TEA TREE ~ Blemish Gel

Juga keluaran The Body Shop.
Salah satu produk yang sangat efektif setelah aku gunakan selama 3 bulan ni.

Untuk apa?
Untuk mematikan jerawat yang menghiasi wajah.

CARA GUNA
Sapu saja di jerawat itu.... huhuuh

Hari ini naik jerawat, terus je sapu. Separuh hari je, jerawat tu dah mengecut sedikit.
Sapu lagi malam hari, esok dah makin mengecut.
Sapu lagi keesokan harinya, dan jerawat makin terus mengecut.
Sapu dan sapu dan sapu, jerawat makin kecut dan kecut dan kecut, terus menghilang.
Yang BESTnye, ia tidak meninggalkan parut!!!
Aku serius ni.

Kalau yang ber-make up, jangan risau. Korang boleh sapukan saja setelah siap pakai segala alat solek di wajah tanpa mencomotkan wajah korang. Sebab gel ini jernih. Macam air. Tetap memberi kesan yang sama. Mengecutkan jerawat tanpa meninggalkan parut.

Mendaftarlah di mana-mana kedai The Body Shop, setiap pembelian ahli akan diberi diskaun! 
Menarik tu.... Orang lain tak boleh guna kad kita, sebab keahlian kita di The Body Shop hanya berpandukan kad pengenalan. Heheheh, sorry ye kengkawan. Tapi kalau kita bawa kawan kita ke The Body Shop, kita lagi dapat potongan harga... Best kan! pssttt pandai betul dorang meniaga ye...

Kedua-dua produk ini tidak lah wangi. Bau ala-ala herba & tumbuh-tumbuhan.
Lagipun kedua-dua produk yang aku syorkan ini, sesuai digunapakai oleh lelaki juga. Tiada masalah ^^, 

Psstt!  Aku bukan dapat komisen promote kat korang ni. Tapi aku suka je kongsi sesuatu yang aku rasa best.. Sharing is Caring kaaaannnnnnnnn.....

Mana yang baru beli tu, SELAMAT MENCUBA ! ^____^

Post a Comment

Klik Sekali