KLIK KLIK

15.2.13

Masuk ke Mulut


Masa kat Hatyai, aku tak berapa nak makan sangat. Sibuk nak berjalan je, makan tu nombor 2 lah! Meh aku bawa korang tatap wajah-wajah makanan di sana.




Ini disediakan oleh Prince Of Songkla University. Masa ni aku memang kemaruk Nescafe. Kat dalam bungkusan tu makanan halal. Ada pau dan wantan. Sedap! Nasib dia kasi cukup-cukup je walaupun sebenarnya tak cukup. Sebab sedap sangat. hehehe



 Ini kopi ais. Seriusly memang sedap!!! Harapkan sejuk je, aku tak jadi tambah. Kopi apa lah dia guna ek.

 Kerabu. Ada kacang botol, telur, lada, kerisik. Sedap. Thai & Kelantan tak jauh beza. ^___^

 Telur goreng. Same je macam kat Malaysia masakan orang bujang.

 Sup cendawan. Perggghhh... Terbaik!

Hah, ce teka! ce teka! Yeaaa...ikan tiga rasa! Nyummy!


Ini masa kami jalan2 kat night market di Bandar Hatyai. Ce tengok udang tu. Besau-besau. Begitulah bebola mataku. Kecik besau, kecik besau je nengok ke udang tu. Harga boleh tahan noookkkk!!!

Ini bukan air bateri. Ini air minuman. Tertera di situ.

Okeh, selamat menjamu selera mata semua.... ^____^

Post a Comment

Klik Sekali