KLIK KLIK

3.12.12

Surprise Holiday!





Aku sekarang sedang merancang sebuah percutian bersama orang tersayang. Siapa lagi, suami aku lah!.

Birthday dia dah tak lama.
Ini sebagai hadiah untuk suami aku.
Cadangnya bulan Januari 2013.
Dimana? Itu biarlah rahsia dulu. Suami aku pun aku tak bagitau. Yang tahu hanya aku dan kawan-kawan yang menolong aku merancang destinasi kami. Tinggi harapan aku supaya percutian ini berjaya. 

Aku dan suami bekerja tak tentu masa. Kadang-kadang tumpuan kami lebih kepada kerja masing-masing daripada meluangkan masa bersama. Perkahwinan baru berusia hampir 6 bulan. Kadang-kadang aku outstation, bila balik dia pulak outstation. Kadang-kadang tak sempat jumpa. Bila balik outstation, banyak kerja nak kene siapkan kat rumah. Sejak kahwin belum honeymoon mana-mana. (Honeymoon bagi aku bercuti berdua. Meluangkan masa rehat bersama-sama). Yang penting jauh dari kerja. Jauh dari segala tekanan. Sejak kerja dengan events ni, aku dah jarang bercuti. Dulu-dulu masa riang ria remaja abah rajin bawa pergi cuti-cuti Malaysia. Tapi melihatkan betapa banyak tanggungjawab kami dengan kerja, aku rasa aku perlu rancang sesuatu untuk aku dan suami sama-sama dapat meluangkan masa. 

Waaaa....tak sabarnya! Harap, rancangan ini berjaya!





Post a Comment

Klik Sekali