KLIK KLIK

19.9.12

KUTU BABI

Assalamualaikum..

Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku tak masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry.

Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Terus terang semua gambar aku GOOGLE.

MEMPERKENALKAAANNNNNN ...... 'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii' Tarraaaaa aaaaaaaa

Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan. Dia memang pakai mencari makanan di urat-urat kat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya di celah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata, leher, bawah ketiak dan lain-lain lagi. Malas aku nak taip panjang lebar semua lipatan yang ado... heheheh

Bila dia dah terkam kat kita punya urat darah tu, apa lagi, kita akan rasa apa anak-anak..,? Ye, betuuulll... kita akan rasa saakkiiittt... Sakitnye tu Ya Allah. Sakit amat! Contohnya kalau kene kat belakang telinga, satu kepala rasa sengal, kebas-kebas. Kalau kene bawah ketiak, gerenti, satu lengan, satu badan rasa sakit yang memberat... Wilayah sakitnya memang besar kalau nak dibandingkan dengan satu gigitan dia. 

Sekecil-kecil dia ni, bila hisap darah, boleh jadi lebih besar daripada bijik betik! Tapi tak kan lah kalau dah kene nak biarkan dia besar mcm tu kan... Kang kata kita ternak dia pulak. Diri kita yang sakit... Petua orang-orang tua... ajaran Nyang aku, taruk air tembakau kat dia. Nanti matilah dia tu. 

Tu baru mukadimah aku. Panjangnya mukadimah! hehehe. Ni aku nak cerita pasal pengalaman aku kene binatang ni. Masa tu aku darjah 3. Kecil lagi la...Suatu hari aku rasa sakit dalam telinga. Macam ada sesuatu yang masuk dalam telinga. Bergerak-gerak. Geli-geli yang menyakitkan. Bila aku bergerak, makin sakit rasanya... Ya Allah, Dia saja Maha Mengetahui betapa sakitnya yang aku rasakan. Aku bagitau mak aku, aku bagitau nenek aku. Kata mereka mungkin semut masuk dalam telinga. Mak pun masukkan minyak dalam telinga aku dengan harapan semut tu akan mati dan keluar... Tak de lagi lah mengganggu dalam telinga anak dia sorang ni. hehehe.... jangan salahkan semut ye..

Tapi sakit tu masih rasa lagi. Makin lama makin sakit sampai aku menangis tak berhenti dah. Aku cuma tidur saja. Abah balik dari kerja. Mak dan nenek bagitau abah. Abah bawa aku ke klinik malam tu. Doktor cuma bagi ubat titik dan ubat makan. Kata doktor cuma bengkak dalam telinga saja. Semuanya lega. Aku hanya makan ubat yang akan buat aku mengantuk, dan aku cuma titis titiskan ubat dalam telinga. Selera makan memang dah hilang bila sakit-sakit macam ni.

Sakit tak kurang-kurang juga. Pak su aku sengaja takutkan aku. Katanya kalau dalam telinga aku ada ulat, aku kena potong telinga. Apa lagi makin sakit aku rasa. Aku memang tak boleh bergerak langsung. Waktu aku tak bergerak tu, aku masih rasa sakit juga. Abah bercadang kalau dua, tiga hari tak baik-baik juga, abah nak bawa aku pergi Hospital Pakar. Jumpa Pakar Telinga.

Sampai kat sana, doktor chek telinga aku. Katanya ada 'ULAT'. Terkejut aku sebab terngiang-ngiang kata paksu aku. Habislah aku kene potong telinga. Mak juga terkejut. Mak terus tanya doktor, "Ulat ke, kutu babi?" Doktor terketawa sikit. "Ye, ye. Kutu babi". Fuuuhhhh, aku lega sebab tak kena potong telinga. Heheheh... Then, doktor tu suruh aku baring. Dia nak buang Kutu Babi yang ada dalam telinga aku. Yang katanya hampir dengan gegendang telinga aku. Doktor sembang-sembang sambil suntik aku. Bius!. Pandangan ku makin lama makin kabur dan terus............BERMIMPI.

Aku tak tahu apa jadi ngan aku. Yang aku tahu aku mimpi naik Rollercoaster! ehhehe, pusing pusing... dan pusing pusing atas bawah! atas bawah! Pusing pusing atas bawah... Akhirnya aku hanyut dibuai mimpi naik rollercoaster. Bila aku sedar, pandangan aku jadi kabur-kabur.. aku melalut-lalut.... Cakap ntah apa-apa. Aku ingat aku pening sbb naik roller coaster tu. Macam real je mimpi tu. hehehe... Sampai ke hari ni aku masih ingat mimpi tu tau!

Aku memang tak boleh jalan. Kuat sangat ubat bius doktor tu bagi aku. Abah yang dukung aku. ehheh... Akhirnya selamat telinga aku. Doktor tunjukkan rupa Kutu Babi yang menginap dalam telinga aku hampir seminggu! Besar kot! Aku beransur sihat. Kenangan ini aku tak kan lupa sampai bila-bila la.... TAMMAT.








 Kasih ibu membawa ke syurga,
Kasih ayah sepanjang masa.

Terima kasih sudi singgah,
Sudi baca, sudi comment
^___^
Post a Comment

Klik Sekali