KLIK KLIK

23.7.12

Tips Kurangkan Lapar & Dahaga

Assalamualaikum.
 

Alhamdulillah hari pertama & kedua berpuasa hari tu jatuh pada hari Sabtu & Ahad. Hari cuti yang membolehkan kita raikan kedatangan Ramadhan sekaligus membuka puasa bersama ahli keluarga... Bersyukurkan dengan kesempatan dan nikmat kebersamaan ahli keluarga hari tu.

Hari ni kita kembali bekerja seperti biasa. Agak-agak nanti kita cepat lapar & dahaga tak? Di sini saya kongsikan sedikit tips. Insyaalalh amalan ini boleh kurangkan rasa lapar & dahaga dengan izin Allah. Insyaallah.


Pertama : Mesti sahur.
Ketika nak makan nasi, bacalah doa selayaknya sebagai seorang Islam.
Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul. Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal. 
Baca lagi, makan lagi. Jadi3 kali lah kita baca surah Al Ikhlas. 
Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa.

Kedua : Selepas makan sahurr.
Makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan, bacakan selawat sekali dan makan sebiji kurma. Selawat  lagi dan makan kurma lagi. Sampailah 7 kali. Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas, seperti buruh kasar dan sebagainya. Kita boleh la amalkan.

Ketiga : Niat puasa.
Selepas lafaz niat puasa tu, hembus dalam air dan minum seperti biasa. Insyaallah kita akan bertahan lapar dan dahaga.

 

Khasiat  Surah Al-Ikhlas : Surah Al-Ikhlas merupakan ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt. Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis tak kan dekat dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga. Tak semestinya bulan puasa, bulan-bulan lain pun boleh juga amalkan cara ini.

Cuba lah dengan izin Allah swt. Wallahualam.
 




 Terima kasih sudi singgah, sudi baca & sudi komen. 
^___^

Post a Comment

Klik Sekali