KLIK KLIK

20.7.12

Pasti Merindui Remy

Assalamualaikum...

19 Julai 2012
29 Syaaban 1433H
Satu malam sebelum Ramadhan.

Selagi ada waktu, 
                                       Selagi ada rindu.....

Bersyukur kerana kita masih bernafas di bumi Allah ini. Semalam, seisi keluarga duduk depan tv, dengan penuh teka-teki, dengan penuh debaran mendengar pengumuman puasa oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia.. Hati rasa sangat happy bila kita bakal menyambut Ramadhan... Bulan yang penuh dengan keistimewaan untuk umat Muhammad s.a.w. RAMADHAN AL-MUBARAK.

Selesai dengar pengumuman, macam-macam dalam fikiran. Nak masak apa esok? Berbuka pertama nak makan apa, adik beradik mana yang nak balik berbuka puasa sama-sama?, terbayang suasana kita satu family berkumpul di meja makan. Masak sama-sama, bertaktih pergi tarawih... niat nak tadarus sebulan... merancang itu ini.....

Di facebook, di tweeter, tidak ketinggalan di blog... semua berlumba-lumba mengucapkan Ahlan Waa Sahlan Yaa Ramadhan....Di office hari ni, banyak office buat port-luck... makan berjemaah menyambut Ramadhan. Ada buat tazkirah pagi menyambut dan meraikan Ramadhan di hari Jumaat yang mulia ini....Sana sini semua orang memperkatakan kedatangan Ramadhan.... Jelas ada sinar bahagia di mata mereka, jelas ada cahaya kegembiraan di wajah mereka.... 

Tapi, kita mungkin terlupa pada yang sedang bersedih hati...
Pagi tadi tiba-tiba aku mendapat panggilan daripada seorang student aku, Azim. Dia terkejut dan aku bakal terkejut. Menggigil tubuh aku. Seorang student aku telah meninggal akibat kemalangan jalan raya. Arwah bernama Muhammad Faiz Nor bin Mohd Fozi. Dia yang menaiki motosikal excident dengan lori. Innalillahiwainnailaihi raajiun.

Tinggal kenangan.

Faiz Nor yang lebih dikenali sebagai Remy. (Nama ni kawan-kawan dia yang bagi, aku tak pasti kenapa. Mungkin masa tu terlalu ramai orang bernama Faiz). Remy sangat baik budaknya. Sopan santun, tak banyak cakap, rajin membantu, rajin belajar dan salah seorang anak yang boleh diharap membantu keluarga. Suka menolong, tak suka menyusahkan orang lain. Salah seorang pelajar yang ringan membantu tanpa diminta. Dia Pelajar tahun empat Fakulti Kejuruteraan Mekanikal.


Teringat sewaktu adik-adik junior yang tertinggal bas dari Kampus Pekan nak ke Kampus Gambang, dia yang dari Beserah sanggup datang ke Pekan membantu. Sky, Nia, Aiza, Nani? kalau korang ingat abg korang ni. Tak banyak bercakap, tapi boleh diajak bergurau kan, Qila? Ana?
Dia yang rajin datang memberi sokongan setiap persembahan rakan-rakan seperjuangan. Rajin menceburkan diri bila kami tidak cukup orang membuat persembahan. Dia datang menyelesaikan kamu. Ingat lagi tak kamu, Ika, Aina, Putih, Fatin, Syaza? Amirul, Ika, Isz, Pa?

Berita pagi tadi betul-betul mengejutkan aku. Membuatkan aku masih lagi menggigil... Semua kenalan dia rasa amat-amat terkejut. Kehilangan dia amat-amat kami rasai... Seolah-olah tak percaya dia telah pergi. Membaca comments di facebooknya, membuatkan kami rasa dia masih wujud lagi. Rujuk akhbar Sinar Harian.

"Wahai Allah, 
Kau ampunilah Muhammad Faiz Nor bin Mohd Fozi, 
Naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, 
dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. 
Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya.
Amin...amin Ya Rabb."

Kita tak tahu ajal maut kita. Usia bukan jaminan. Hari ini, esok, lusa atau entah bila-bila Allah dah tetapkan. Setiap tahun kita berdoa seperti hari ini moga ada kesempatan untuk kita berjumpa dengan Ramadhan berikutnya. Paling tidak pun diberi nafas untuk kita hidup bila membuka mata esoknya. Saat ini, betapa kita bersyukur atas nikmat kurniaanNYA. Syukur kita masih boleh memohon ampun atas segala dosa dan kekhilafan kita di muka bumi ini...

Muhammad Faiz Nor bin Mohd Fozi.
Allah lebih menyayangimu.

Aku pasti merinduinya.
Hilang lagi seorang yang baik di bumi Tuhan ini ~sky. 
Al-Fatihah..........



Post a Comment

Klik Sekali