KLIK KLIK

17.7.12

My E-Day...

Assalamualaikum. 

 Planning menuju ke Gerbang Perkahwinan.

Topik aku hari ni Merisik dan Meminang dalam masyarakat Melayu, di Malaysia. Orang Melayu kita memang kaya budi bahasa, penuh dengan adab sopan dan adat. Pepatah mengatakan 'biar mati anak, jangan mati adat'. Tapi zaman sekarang ni ada jugak yang menjawab 'kalau mati anak, siapa nak teruskan adat tu pulak?'...betul jugak tu. Tapi bagi aku, pepatah orang-orang tua kita tu merujuk kepada betapa pentingnya kesinambungan bermacam-macam adat dalam masyarakat Melayu kita. Tapi itu hanya pepatah supaya masyarakat Melayu hari ini mengambil berat akan adat itu sendiri. Hiperbola laa kiranya ni...

Macam tu juga la dengan perkahwinan. Sebelum seorang lelaki dan seorang perempuan itu disatukan melalui ikatan sebuah perkahwinan, mereka perlu menempuhi fasa-fasa berikut :

1) Merisik
2) Meminang
3) Perkahwinan.

Zaman sekarang, ramai yang suka mempercepatkan urusan ini. Selalunya menggabungkan majlis Merisik dan Meminang dalam satu majlis. Mungkin kekangan kerja dan menjimatkan kos majlis. Barang mahal sekarang ni wehhh...

MERISIK
Dulu-dulu ramai yang kahwin atas pilihan keluarga. Mungkin perjanjian di antara kedua-dua keluarga untuk urusan perniagaan, atau rupa paras anak mereka, atau pelajaran dan kerjaya.... ataupun terpikat dengan budi bahasa anak kawan-kawan mereka. 
Zaman sekarang, ramai yang suka cari pasangan sendiri. Berkawan dulu untuk rasa keserasian mungkin? Si boyfriend akan bagitau girlfriendnya, maka boleh la si girlfriend nya standby siap-siap kat rumah nak menyambut tetamu istimewanya.

Dulu ke, sekarang ke, yang pasti mak ayah dan beberapa orang wakil daripada pihak lelaki akan mengunjungi keluarga pihak perempuan untuk bertanyakan sama ada anak perempuan mereka sudah dipinang orang atau belum. Mereka akan membawa beberapa dulang buah tangan dengan sebentuk cincin dan tepak sireh selalunya. Mereka juga akan memperkenalkan anak lelaki mereka, nama, pekerjaan, pendidikan sebelum menyatakan hasrat pihak lelaki untuk melamarnya. Pihak perempuan akan bertanya kepada anak perempuannya sama ada setuju atau tak, melalui ucapan lidahnya, anggukkannya, atau macam orang dulu-dulu senyap sambil senyum tersipu-sipu (tandanya setuju). Kemudian barulah pihak lelaki membuat keputusan untuk meneruskan hasratnya ataupun tidak. Kalau BEREH buah tangan dan cincin akan diserahkan kepada pihak perempuan. Kalau si perempuan tak setuju,pihak lelaki membawa pulang barang-barang yang dibawa bersama tadi. Sedihkan. Si lelaki di rumah akan menunggu jawapan dari mak ayah yang pulang. Bila tengok rombongan melenggang kangkung maknanya lamarannya telah diterima. Kalau rombongan membawa buah-buah tangan kembali, maka hancurlah harapan si lelaki.

MEMINANG
Fasa ke-2 setelah pihak perempuan menerima lamaran pihak lelaki melalui merisik. Meminang maknanya pihak lelaki menyatakan hasratnya  untuk menjadikan si perempuan pilihaan hatinya sebagai bakal isteri. Sekali lagi pihak lelaki iaitu mak ayah dan beberapa orang wakil yang lain mungkin adik beradiknya, mak ayah saudara, nenek dan atuk  akan ke rumah pihak perempuan lagi. Mereka membawa dulang-dulang hadiah dan selalunya terdapat cincin. Cincin ini akan menjadi tanda bahawa si perempuan dalam keluarga tersebut telah pun mengikat janji untuk menjadi isteri kepada lelaki tersebut kelak. Dalam majlis meminang, pihak lelaki akan memperjelaskan hasrat dalam risikan terdahulu dan persetujuan oleh pihak perempuan untuk menerima pihak lelaki. Disusuli menyatakan hasrat pihak lelaki dan pihak perempuan menerima hasrat tersebut. Mak lelaki kan menyarungkan cincin ke jari manis si perempuan sebagai tanda keluarga pihak lelaki menerima si perempuan sebagai bakal ahli baru dalam keluarga mereka. Dulu-dulu sarung cincin dalam bilik sebab perempuan penuh dgn sikap pemalu dan tak mempertontonkan anak perempuan mereka di khalayak.

Zaman sekarang, nak sarung cincin pun dah siap pelamin satu ruang tamu. ehehheh, sebenarnya dalam bilik kan sempit, kalau dah bersesak-sesak dalam bilik, panas pulak nanti walau air-cond dah pasang 5 darjah celcius. hehehe Maklumlah debaran dalam hati lagi menghangatkan diri. Tambah-tambah cameraman dah 10 orang. Gambar kenangan tu memang penting. Selepas tu dah jadi sejarah. ^___^.  Ada juga si ayah perempuan sarungkan cincin ke jari lelaki. Ini trend baru.

Kemudian mereka akan berbincang selama mana tempoh pertunangan anak-anak mereka, bukan apa, jangka masa itu perlu supaya kedua-dua anak mereka boleh mengenali hati budi masing-masing dan mengelak daripada berlaku perkara-perkara tidak diingini. Kedua-dua mereka juga akan diterangkan batas-batas perhubungan antara lelaki dan perempuan. Dalam majlis ini mereka turut membincangkan tentang mas kahwin dan hantaran untuk perkahwinan nanti.

 Aku telah melalui 2 Fasa itu.
26.11.2011
SABTU 

Ye, itu bijik mata palsu. ^__^


 Saat yang aku rasa tidak berpijak di bumi nyata, nervous beb!


 Hadiah kedua-dua belah pihak.


 Mak kami! ^___^


 Lepas berbincang dan mendapat persetujuan apa lagi, makan laa.... psst abah aku tak habis bincang lagi nampaknya...


Gambar kek pun jadi lah sebab tunang aku pemalu nak bergambar. ^___^


Alhamdulillah segalanya pada majlis yang serba sederhana ini telah selesai setelah kami berhempas pulas menepis segala dugaan sebelum berlangsungnya majlis pertunangan ini.Sebelah kaki dah bakal menjadi isteri. Aku kene persiapkan segala ilmu rumah tangga. ^___^


Dari sudut Islam, meminang ni hukumnya HARUS sama ada gadis sunti atau janda yang dah habis edah, ataupun janda yang telah ditalak tiga edah bain, edah wafat atau wathi syubhah.

"Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam edah)." Surah Al-Baqarah : 235

Hukumnya HARAM bila meminang janda yang dalam edah raj'iyah dan perempuan yang masih dalam pinangan orang lain kecuali telah nyata pinangan itu ditolak atau telah diputuskan.

Riwayat Ahmad dan Muslim : Orang mukmin saudara orang mukmin maka tiada halal bagi seorang mukmin meminang seseorang yang sudah dipinang oleh saudaranya sehingga nyata permintaannya itu tidak diterima.





Terima kasih sudi singgah, sudi baca, sudi comment. 
^___^
Post a Comment

Klik Sekali