KLIK KLIK

24.7.12

Kahwin Umur Belasan, Ada Bran???


Assalamualaikum...

Aku dapat di youtube video ni. Majlis Perkahwinan Syafiq (16 tahun) dengan pasangannya Yana (14 tahun). Hari baik, bulan baik ni.. marilah kita doakan kebahagiaan mereka...

Walau umur masih belasan, banyak tanggungjawab yang akan mereka pikul di usia muda. Mampukah mereka? Insyaallah. At least mereka berjaya menolak segala maksiat dan tidak menghampiri zina. Perkahwinan adalah suatu tuntutan dan sunnah nabi. Dah cukup umur, cukup syarat zahir batin, boleh la kahwin kan... 

Matang tak matang, bila dah kawin ni matang tu otomatik datang sendiri. Kahwin kan melatih diri menjadi lebih bertanggungjawab dan melatih untuk membaiki kesilapan diri.

Tengok video ni, aku rasa sweet jugak dorang ni.. hehehe. Masih ketara kebudak-budakkan. Comel je... Daripada gambar ni, aku rasa budak ni orang Pahang. Sebab ada sorang pakcik tu aku nampak pakai baju tertulis KK Rompin FC' pada minit ke 00:04. Pada minit 08:17 hingga akhir video, lokasi di Tasik Chini, Pahang. Aku pernah pergi sebab tu aku tahu... ^___^.

Hadis Riwayat Ibnu 'Addi:
"Barang siapa diantara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangis lah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh : Aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku..."


***jangan kutuk, tapi doakan mereka.




Terima kasih sudi singgah, sudi baca, sudi comment.
^___^
Post a Comment

Klik Sekali