KLIK KLIK

6.7.12

Beg dalam bag.

Assalamualaikum.

Hari-hari pergi kerja bawa handbag. Aku paling segan kalau ada yang tolong bawakan beg aku. Selalunya students aku lah yang suka sangat nak bawa handbag aku sambil berlagak gaya macam orang yang dah bekerjaya.. biasa anak muda. Kalau dah perempuan tu, perempuan lah juga kan... Aku tak kisah pun, cuma yang aku kisah bila dorang tanya apa yang aku bawa hari-hari,sebab handbag aku berat macam ada batu ! hahahah....  Aku selalu jawab, aku bawa harta karun, tinggal nanti ada orang kebas! heheheh. Aku nak share kat sini lah!

Ni lah rupa handbag aku yang gemuk! Sebelum ni aku bawa handbag yang lagi besar dari ni! Tapi sebab beg tu pun dah rabak, aku pun pergi lah shopping handbag ni. Oleh kerana dah berkenan sangat, ambil saja lah.. nanti termimpi-mimpi pula selagi belum jadi hak milik. Bila dah berjaya miliki tu, sukalah hati... ^___^

Tahu tak apakah benda-benda ni?. Hahahha.. Ye, alat-alat make up untuk menambah keyakinan diri... Macam-macam ada dalam beg kecil ni. Ini aku belum selongkar satu persatu lagi apa benda dalam beg kecik ni.. Mungkin nanti-nanti aku akan share... ^___^

Hah, ada lagi satu beg dalam handbag. Tu dia....boleh kata ini macam 'bekas pensil' la... tempat menyimpan segala macam alat tulis, pendrive dan sebagainya.. ini pun aku belum selongkar satu persatu lagi.

 Ni juga barang penting. Beg duit. Pun aku belum selongkar satu persatu lagi... Beg duit ni dah lama, tengok tu buruk dah rupa dia.. tapi yang buruk-buruk ni lah, makin lama aku makin sayang.... ^___^


Penting jugak ni. Mata aku. Ye, kecacatan yang aku alami. Rabun jauh.. Kalau tak pakai ni aku pakai lense. Kalau lense tu pula sekali bekas dia, solution dia, dan lense drop dia aku akan bawa kehulu kehilir. Tapi spek mata ni tetap setia dalam handbag aku.

Buku tulis. Ini memang wajib aku bawa sejak dari sekolah lagi. At least mesti ada buku tulis dalam handbag. Sebab idea aku boleh datang bila-bila masa saja, kemudian cepat-cepat aku tulis dalam buku ni. Jadi, buku tulis amat penting dalam hidup aku, tanpa buku tulis rasa tak lengkap hidup aku ke mana-mana. Poyo tak statement aku ni? heheheh ^___^

Ini keychain aku. Segala macam tok nenek kunci aku gantung kat situ. Kunci untuk barang-barang peribadi aku semua gantung kat arnab tu. Arnab tu hadiah dari kawan baik aku, Apis. Yang strawberry cute tu hadiah dari student aku Aqilah. Yang tu tergantung segala macam kunci berkaitan hal ehwal tempat kerja aku. ^___^

Haa, last sekali aku tak dapat upload ialah gambar handset aku. Sedang aku duk syok snap gambar-gambar di atas baru aku perasan yang aku tak snap gambar hanset aku... Itu barang penting sebab dah macam nyawa aku (kunun-kunun) tanpanya tak dapat laa aku nak upload gambar-gambar di atas, tanpanya dalam handbag akan lesu, lemah aku tidak bermaya. Oh, handset aku sememanganya sayang padamu. (Ayat macam handset tu ada perasaan je, bodek sikit sebab dia dah bertungkus lumus snap gambar-gambar di atas, tapi dia tak de dalam entry ni..)


Itu saja perkongsian aku untuk hari ini.

Terima kasih sudi singgah, sudi baca, sudi comment. 
^___^

Post a Comment

Klik Sekali