KLIK KLIK

23.6.12

DEKON


Segala pengurusan tentang Dekon telah aku setelkan.. tinggal students aku saja yang gigih berlatih. Insyaallah esok malam aku akan bertolak ke LCCT. Kemudian akan terbang ke Negeri Dibawah Bayu...bersama student aku.

Apa tu Dekon?
Dekon =  Deklamasi Lakon.

Ia diilhamkan oleh Sasterawan Negara kita Dato' A. Samad Said menerusi penulisan novel Lazri Meon.
Darimana munculnya ideo untuk membuat 'dekon'?
Ok. Sewaktu A.Samad Said diminta untuk memberi ceramah tentang novel terbarunya yang bertajuk Daerah Zeni, A.Samad Said asyik berfikir macam mana caranya supaya khalayak menikmati karya-karya ciptaannya. Menurut A.Samad Said (Lazri Meon, 1992:vii); ".....jalan terbaiknya ialah dengan saya membantu mereka menghayati novel ini secara lebih akrab lagi melalui dekon........dengan dekon, saya sendiri dapat menyampaikan semangat dan intisari kehidupan Daerah Zeni melalui deklamasi dan lakon-cara saya".

Menurut A.Samad Said, bukan pelakon teater saja yang boleh berdekon malah sesiapa saja untuk berlakon di atas pentas. "Saya bukan aktor,sekadar deklamator. Tapi dekon memungkinkan saya bergerak di atas pentas sebagai deklamator, juga sebagai aktor" (Lazri Meon, 1992 : vii).

Jadi, untuk mementaskan dekon seseorang itu tidak memerlukan tahap keilmuan lakon yang tinggi, cukup sekadar minat, kefahaman dan keinginan yang tinggi untuk mendeklamasikan apa yang dibacakannya. Melalui dekon seorang deklamator itu mampu terasuh sebagai seorang pelakon teater yang baik kerana deklamasi merupakan kemahiran asasi untuk sesuatu dipentas.

**Aku akan berada di Sabah dari 25 hingga 29 Jun 2012 ini.
Doakan kejayaan kami. =)
Post a Comment

Klik Sekali