KLIK KLIK

31.5.12

UKHWAH TADIKA 90-an

Assalamualaikum..
Apa khabar semua?


Hari ni Cik Semut rasa seronok sangat tau. Ingin berkongsi keseronokan perasaan ini.

Apa yang seronok sangat tu ye...
heheheheh.... Angkara facebook laa, Aku jumpa kawan-kawan Aku masa tadika dulu. 
Tak seronok ke macam tu? 

Al-kisahnya sorang kawan Aku ni, tetiba tegur Aku. Menerangkan hal ehwal sekolah tadika kami. Bagus betul kawan Aku sorang tu sebab masih mampu mengenali Aku walau telah berdekad tadika itu Aku tinggalkan.Dia pun cadangkan Aku bersama kawan-kawan tadika yang lain yang telah menjadi kawan dia...
Rupanya dia memang cari Aku. Tapi kerana nama facebook Aku yang tak macam nama Aku tu, itulah akibat dia tak jumpa Aku. Rupanya ramai lagi kawan-kawan yang mencari Aku. Terima kasih kawan-kawan. Terharu betul Aku.

Dan kami bercerita perihal masing-masing alaf ini. Bercadang nak jumpa supaya boleh bercerita dengan lebih syok lagi... paling best, Aku dapat jejak cikgu tadika Aku jugak. Boleh buat reunion ni! heehhe....

Apa lagi, terus la Aku add kawan-kawan lama Aku tu. Moga ukhwah kita kembali terjalin... 

SERONOKNYAAAA...!!!!
Post a Comment

Klik Sekali