KLIK KLIK

24.5.12

Rumah Kedah

Ini lah rupa bentuk rumah Kedah.


Kedah merupakan salah satu negeri yang terkenal dengan seni ukir selain daripada Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan. Kenapa?
Sebabnya, Kedah merupakan salah satu negeri yang menjalinkan hubungan rapat dgn Patani. Suatu masa dulu, Patani ni sebuah negeri yang yang terkenal dgn pusat kegiatan seni ukir. Kalau tengok corak ukiran Kedah dan Patani, tidak jauh bezanya.

Seni ukir kayu dalam pembinaan rumah-rumah tradisional bukan sekadar hiasan malah ada fungsinya. Contohnya seperti ukiran tebuk yang diukir di tempat-tempat pengaliran udara yang memisahkan ruang dalam dengan ruang luar.

Ukiran-ukirannya lebih cenderung kepada bentuk-bentuk tumbuhan, geometri dan kaligrafi  (penghayatan seni keislaman).

Tapi sayang seribu kali sayang, rumah tradisional macam ni dah tak ramai yang nak bina lagi dah. Rumah sebegini yang ada pun jarang dipelihara betul-betul. Mungkin tukang kayu pun dah pupus daripada kalangan orang-orang muda (yang bertenaga & lebih kreatif) , kurang berminat, juga faktor keselamatan dunia hari ini yang membuatkan tingkap-tingkap dan pintu-pintu rumah tradisional macam ni dah tak sesuai lagi dah. Arkitek-artitek muda pun suka buat rumah kontemporari. Kononnya menggabungkan seni bina tradisional dan moden. Tapi tak salah pun. Mungkin ini sesuatu yang baru dan terbaik...

Mungkin untuk dirikan rumah, rumah-rumah yang dibuat daripada batu-bata, konkrit lebih mudah dibina berbanding rumah kayu. Penjagaan rumah batu juga lebih mudah tambahan pula isi rumah ramai dikalangan yang bekerjaya dan tidak sepenuh masa dirumah. Mungkin juga Malaysia ni dah kuang kayu-kayu bermutu tinggi akibat telah menjadi bahan mentah yang dieksport ke luar negara... Mungkinlah kaannnn...

Tapi bagi aku, seni ukir Melayu ni memang tinggi nilai budayanya. Sayang kalau tidak dijaga baik. Generasi hari ni pun agaknya ramai yang tidak tahu menilai hasil seni tangan ini. Kalau ada orang-orang tua yang masih ada, ambil la peluang ni. Siapa tahu kita ada bakat terpendam kan?

Aku ni terus terang memang tak pandai pun nak mengukir-mengukir ni, tapi aku memang sangat hargai ukiran orang dulu-dulu... Aku pernah cuba dan penah tengok dengan mata sendiri orang-orang tua membuat ukiran pada batang-batang pokok yang dipotong untuk dijual. Penuh teliti, kreatif dan pasti harus penuh kesabaran...  Cerewet juga, tapi hasilnya itulah. Sangat mengagumkan!

Kalau lah aku ada rumah macam ni.. rasa duduk rumah je... tak mahu keluar-keluar lagi dah... hehehe
Post a Comment

Klik Sekali