KLIK KLIK

9.5.12

Aku lah tu!

11.29 malam ketika aku sedang menaip entry ini. Waktu ini aku rasa badan aku tak berapa sihat. Rasa mcm nak demam. Aku akui aku dah terlalu penat menjalani kehidupan seharian dgn kerja. Kadang tak sempat fikir cuti, tak sempat fikir makan, tak sempat fikir diri sendiri. Semua telah diabadikan utk kerja. Chewah, abadilah sgt... hehehe...

Sememangnya aku tersangat penat. Dah hampir 4 bulan aku kerja pagi petang siang malam. 8.00pagi - 2,3 pagi.... dengan memerah kepala otak mencari idea, menyelesaikan tugas di meja kerja, malam pula memerah otak memikir step2 tarian, sambil mengerah seluruh anggota badan bergerak sekali.

Fikir dan Kerja,
Kerja dan Fikir....

Mana masa untuk fikir pasal keluarga sendiri.
Aku juga punya keluarga

Mana masa untuk aku menjenguk keluarga
Mereka juga perlukan aku

Mana masa untuk aku fikir masa hadapan
Aku juga impi masa hadapan yang cerah

Mana masa untuk aku bertindak menyusun bongkah masa depan
Dendam ini ku pendam.

Semuanya belum tertunas...
Kata dialog cerita P.Ramlee "selagi belum tutup mata, kerja! kerja! kerja!"
Iya! Memang betul pun.
Aku seolah-olah melahirkan diri aku yang baru
Aku yang robot
Bekerja siang malam...
Bukan mendamba overtime berkepul-kepul
Cukup sekadar punya masa untuk diri
Yang boleh dibagi-bagi sama orang lain

Tidak salah kerjaan aku
Aku suka sama kerja aku
Tidak fikir apa-apa selain kerja
Kerja dunia aku... kerna aku memang gila kerja!
Tapi mengenang usiaku yang belum cukup tua
Keperluan menjaga usia yang belum tua ini
Supaya usia tuaku tidak sia-sia.....

Aku cuma seorang perempuan
Yang masih seorang anak
Yang masih seorang kakak
Amanah bakal dipikul menjadi isteri
seterusnya ibu... nenda........

Aku tidak minta mewah
tidak juga minta susah
biar sederhana supaya tidak lupa
aku manusia biasa
lemah ternyata...


Aku kerja mencari keredhaan
Yang didalamnya ada keberkatan
Memberi nikmat yang halal




Post a Comment

Klik Sekali