KLIK KLIK

9.2.12

Sepatu Tari Menari

Assalamualaikum semuaaa.........

Dikesempatan ini Cik Semut nak kongsi satu benda yang menggembirakan Cik Semut...
Dah la hari ni dapat header baru dari Cik MerahitujambuMemang comel gila design dia... boleh la ngendap kt blog dia sat, banyak tempahan dia.. Suka dengan doodle dia yang kemas n comel. 

Pastu, jap-jap tadi... dapat pulak pesanan Cik Semut dari China. Teruja tau! Sepatu tari menari.. chewah! Tapi kasut ni lebih dikenali dengan nama 'Kasut Sansha". Sansha tu jenama dia.. Jom layan gambar jap...


Haaa...inilah dia yang disebut Kasut Sansha tu...



Hah, nampak tu tulisan Cina.. Cik Semut pun tak faham apa yang ditulisnya. Janji sampai sudaaaahhhh...


China Post Group. Bukan selalu dapat ni. Dulu kalau ada kawan pergi China baru lah kirim. Tak pun pergi cari kat K.L, cuma satu dua kedai je jual... kadang-kadang ada, kadang-kadang takda. Kadang-kadang ada size, kadang-kadang tak de size... bila yang tak de tu yang tak best tu. Sekarang senang, online je. Seminggu dah sampai. Hanya di hujung jari...



Taaaraaaaaaaa....
Inilah kasutnya.. Sesuai untuk tari menari ye.. Mengelak kecederaan semasa aktiviti menari. Tapak di bahagian depan dan belakang sahaja. Tengah-tengah tidak bertapak ye kawan-kawan. Bila pakai kasut ni rasa macam tak pakai kasut je tau! Ringan! Fleksibel!. Kalau untuk bersukan, tak sesuai laa... Berminat nak order? Boleh klik kat sini Nina Zain. Harga berpatutan ye kawan-kawan. Tak mahal pun.... Ada dalam pelbagai size, warna dan design... boleh ngendap kat blog beliau ye...  

Saiz china = saiz malaysia :
34yards = 3
35yards = 4
36yards = 5
37yards = 6
38yards = 7
39yards = 8
40yards = 9

Saiz kaki Cik Semut 36yards iaitu saiz 5 tapi Cik Semut beli saiz 37yards iaitu saiz 6. Kaki orang-orang di China kan kecil-kecil... comel-comel... tak sama macam kaki kita. Bila dah sampai ni, terus test alhamdulillah. Ngam-ngam. Tak ketat dan selesa sangat. 

Perkongsian ilmu : Tradisi mengikat kaki boleh baca di entri ini : wikipedia
Sebab tu kaki orang di China kecil-kecil comel.


SEKIAN untuk perkongsian hari ini... 
Terima kasih kerana sudi membaca...
Love.


Pssttt : Cik Semut akan outstation lagi. Akan meninggalkan blog lagi.. huu huhuh.
Korang jaga diri bebaik ye, Jangan nakal-nakal.
Post a Comment

Klik Sekali