KLIK KLIK

13.2.12

Ladang Pahala


Assalamualaikum kawan-kawan... bertemu lagi di hari Isnin yang sering dianggap Black Monday... Kesian Isnin.. tapi tak mengapa, entry ini bukan untuk hari Isnin, tapi mungkin boleh meninggalkan bunga-bunga cinta dalam hati anda sekaligus menceriakan hidup anda... 
Bagi mengelak rasa bosan , apa kata cuba buat praktikal di bawah :


# Satukan kedua-dua belah tangan anda.
# Bengkokkan jari tengah ke dalam.
# Empat jari yang lain dipertemukan di hujungnya.
 
Cuba buka ibu jari anda. 
Ibu jari boleh dibuka kerana ibu jari mewakili kedua-dua orang tua anda. Kelak suatu hari nanti, pasti kedua-duanya akan pergi meninggalkan anda buat selama-lamanya. Tutup kembali ibu jari.

Buka pula jari telunjuk anda. 
Jari telunjuk mewakili adik-beradik. Mereka juga bakal meninggalkan keluarga dan mengorak hala tuju masing-masing apabila tiba masanya. Tutup kembali jari telunjuk.

Cuba pula buka jari kelingking yang paling kecil. 
Ianya mewakili anak-anak anda. Lambat-laun, apabila anak-anak mempunyai keluarga sendiri, mereka juga akan meninggalkan anda. Tutup kembali jari kelingking.

Cuba buka jari manis.
Hairan kan mengapa anda tidak dapat membuka jari manis? Jari manis tersebut mewakili suami atau isteri anda. Tiada yang dapat memisahkan anda dan pasangan anda, kerana anda berdua telah ditakdirkan untuk bersama sehidup semati. Jadi, hargailah pasangan anda!





ISLAM : Sebab itu juga kita disunatkan memakai cincin di jari manis.
MELAYU : Adat orang Melayu yang menyarung cincin di jari manis memberi makna seseorang itu telah dilamar atau telah dimiliki oleh suami/isterinya.
Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah.
Perkahwinan itu syurga dunia yang lahir daripada kasih sayang dan rahmat Allah yang terkandung di dalamnya.
Perkahwinan juga merupakan ladang pahala kita menuju syurga abadi di sana nanti.
...tidak mengira usia, tidak mengira warna kulit, tidak mengira bangsa. Agama menyatukan dua jiwa...

Firman ALLAH SWT yang bermaksud:
“Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya dan dijadikanNya antara kamu rasa kasih sayang dan rahmah.” – Surah Ar-Ruum (30) ayat 21.
Post a Comment

Klik Sekali