KLIK KLIK

7.2.12

2nd Smoker

Assalamualaikum kawan-kawan...
Sila jawab dulu salam tu...
# Memberi salam itu sunat.
# Menjawab salam itu wajib.

Terima kasih meluangkan masa membaca entri Cik Semut kali ini.



Hari ni nak cerita pasal '2nd Smoker'..
Atau dengan kata lain penghidu asap rokok.
(Kisah benar yang diolah)

Al-kisahnya macam ni...
Di sebuah kampung bernama Kampung Pinang Sebatang, tinggallah satu keluarga yang sangat sederhana hidupnya. Mereka sangat bahagia. Ali dan Melah diserikan dengan kehadiran 3 orang cahaya mata. Ali seorang buruh sementara Melah hanyalah seorang suri rumahtangga sepenuh masa. Melah seorang ibu mithali dan seorang isteri yang patuh pada suaminya.
(Jalan cerita telah diolah oleh Cik Semut Senyum. Suka hati je kan,).


 Anggap je ni keluarga Ali pada tahun 1985


Ali mula merokok sejak berumur 13tahun.
Mengenali rokok dari kawan-kawan sekolahnya.
Ali sudah menjadi perokok tegar.
Sebelum makan, hisap rokok.
Selepas makan, hisap rokok.
Pagi, petang, malam, hisap rokok.
Setiap 15-20minit Ali akan hisap rokok.

Waktu di rumah juga, Ali tidak segan-segan menghisap rokok depan Melah dan anak-anak mereka.
Kini Ali sudah berusia 45tahun.
Anak pertamanya sudah berusia 26 tahun. Juga perokok tegar.
Anak keduanya sudah berusia 20 tahun. Juga perokok.
Anak ketiga mereka seorang perempuan berusia 18 tahun. Masih sekolah.

Melah pada usia 40 tahun


Isterinya Melah lima tahun lebih muda dari Ali.
Pada usia 40 tahun, Melah sering batuk-batuk yang berterusan.
Macam-macam ubat klinik telah dimakan.
Macam-macam ubatan tradisional telah ditelan.
Macam-mana petua telah diamalkan.
Batuknya tak juga sembuh berbulan-bulan.

Suatu hari, batuk Melah mengeluarkan darah.
Melah terlalu takut sehingga pengsan.
Ali dan anak-anaknya terkejut dan cepat-cepat bawa Melah ke hospital.
Melah dibawa ke wad kecemasan.

Paru-paru Melah.


Dipendekkan cerita.
Melah tidak dapat diselamatkan.
Doktor memaklumkan bahawa Melah sebenarnya menghidapi kanser paru-paru tahap 4. Paling bahaya.
Punca kanser adalah disebabkan oleh asap rokok.
Ali dan anak-anaknya terkejut.
Melah tidak pernah menyentuh rokok apatah lagi menghisapnya.
Kata doktor, asap rokok yand dihidu Melah disekelilingnya setiap hari telah merosakkan paru-paru Melah walaupun Melah bukan perokok.

Moral of the story :
# Kepada perokok-perokok, kalau nak hisap rokok jauh-jauhlah sikit daripada insan tersayang.
# Kepada ayah-ayah perokok, jangan laa hisap rokok depan anak-anak. Model yang tak sihat tu...
# Semua orang sedia maklum rokok tu membahayakan kesihatan, berusahalah untuk menjauhi, mengurangkan dan berhenti merokok.
# Membakar rokok bermakna membakar duit, membakar diri, membakar insan tersayang. Jangan jadi pembunuh atau membunuh.
# Sebelum merokok, ingatlah insan yang tersayang. Anda dan mereka saling memerlukan.
#Amalkan cara hidup sihat tanpa ROKOK.


Cik Semut : Saling menghormati hak orang lain.

Post a Comment

Klik Sekali