KLIK KLIK

19.1.12

Kisah Coke & Maggi

Assalamualaikum

Sudah lama tak update blog. 
7 hari Cik Semut ke negeri Terengganu.
Jadi Fasilitator untuk Kursus Jurulatih Seni Budaya Negara.
Alhamdulillah semuanya dah selesai dengan jayanya.
Seronok berada di bumi Darul Iman itu.
Lain entry la Cik Semut cerita pasal tu ye.

Ada kisah yang lebih penting Cik Semut nak kongsi dengan korang.
Coke & Maggi al-kisahnye...

Ini cerita sebenar yang diceritakan oleh seorang cikgu Cik Semut.
Bukan untuk mengaibkan keluarga beliau tapi sebagai ikhtibar untuk kita semua.
Lagipun korang tak kenal siapa cikgu Cik Semut tu kan...

Curi dari fadily


Kisahnya macam ni.
Kamarul (bukan nama sebenar) merupakan seorang anak muda yang sangat kacak rupanya. Seorang anak bongsu berusia 21tahun yang sangat bijak dan menjadi harapan keluarga. Suatu hari berlaku salah faham diantara Kamarul dengan ibunya yang menyebabkan Kamarul merajuk. Tapi rajuknya lama hingga 7hari dia tidak keluar dari biliknya. 

Ibunya pula tidak mengendahkan Kamarul. Tidak mengendahkan bukan bermaksud tidak sayang. Tapi seorang ibu menyangka anaknya itu selamat berada di dalam bilik. Tidak turun ke mana-mana. Dia beranggapan Kamarul masih marah, dan pasti Kamarul akan turun bila hatinya dah sejuk nanti. 


Nampak sedap, tapi kesannya? Gambar curi kat Suzie

Selama berada di dalam bilik, Kamarul tidak berbuat apa-apa melainkan melayari internet. Dia hanya akan keluar dari bilik bila terasa lapar pada malam hari diwaktu ibu dan ayahnya tidur. Dia masih enggan bersemuka dengan ibunya. Makanannya pada jam 2-3 pagi adalah MAGGI sahaja. Ibunya juga yang belikan maggi itu. 

Tak kan dia tak lapar sepanjang siang hari dalam bilik? Betol tak? Tapi rupanya, Kamarul hanya minum air Coca-cola sahaja. Ayahnya yang belikan. 

Ye, selama 7 hari di dalam bilik, Kamarul hanya minum Coke sepanjang hari dan makan Maggi sekali sehari di waktu malam.  Merokok atau tidak itu, tidak pasti kerana tidak menjumpai puntung rokok atau bau asap rokok.

Coca-cola ada baik buruknya
Selepas 7 hari, korang tahu apa yang berlaku?
Teruna kacak lagi bijak itu meninggal serta merta.
Sebelum meninggal, Kamarul terasa sakit di bahagian dadanya. Dia menjerit-jerit nama ibunya. Bila ibunya masuk ke bilik, dilihat Kamarul sudah rebah dengan darah yang banyak keluar dari mulut. Biliknya penuh dengan botol Coke di merata-rata.Tidak terkira berapa botol besar yang Kamarul minum untuk1 hari. Kamarul kini sudah tidak bernyawa lagi. Dihantar ke hospital. Doktor mengatakan paru-parunya sudah rosak teruk. TAMAT.

Cukup la sampai di sini cerita Cik Semut.
Korang fikir-fikir lah yea.

# Kepada ibu, fahamilah anak-anak. Jenguklah anak-anak walau dikala mereka tidur. Tak salah kalau ibu mengalah. Anak akan ikut.
#Kepada anak, janganlah merajuk terlalu lama. Kalau tak bertegur 3 hari pun dah kira berdosa apatah lagi dengan ibu sendiri. Maaf itu akan melebur segala warna hitam dalam hati.
#Minuman bergas Coca-Cola, rasanya semua dah tahu mcm mana rasa gas dia kan... boleh menghakis gigi.  Malah sesuai digunakan membersih tandas. Banyak blog-blog cerita tentang keburukan dan kebaikan dia. Google saja.
#Maggi, makan segera tapi kalau selalu boleh memudaratkan diri. Segera juga 'pergi'.

Sama-sama kita menjaga diri sendiri. Masih ramai yang memerlukan kita di dunia ini.

Post a Comment

Klik Sekali