KLIK KLIK

27.1.12

...kerana RM 500.00

 Sumber Google

.....satu pagi
.....di warung
.....sebuah kampung

Aku duduk di penjuru sudut mengadap jalan tar, melihat kereta-kereta yang lalu lalang di jalan kecil itu.
Sementara menunggu minuman dan makanan sampai, aku memerhati keadaan sekeliling.

Terdengar perbualan pakcik-pakcik di sebelah meja.
Ku kira perbualan antara seorang nelayan dan pemandu bas.

 Sumber Google

Sumber Google

Pakcik Ali (bukan nama sebenar) bercerita mengenai bot, laut, ikan-ikan...
Pahit maung di laut melawan ombak.
Hasil tangkapan tidak menentu.
Lauk pauk sama setiap hari..

Pakcik Abu (bukan nama sebenar) bercerita mengenai bas, tempat-tempat, penumpang bas...
Kemalangan di jalan raya.
Tinggalkan keluarga berhari-hari.
Keluar awal pagi, pulang lewat malam...

Cuma yang sama antara mereka, kedua-duanya berwajah ceria. Penuh senyuman. Bersembang mengenai RM500.00 bantuan kerajaan tempoh hari, macam-macam yang mereka beli untuk anak-anak dan isteri masing-masing. Suka sekali aku tengok riak wajah mereka. 


Contoh keluarga bahagia

Bercerita tentang beli baju baru, beli barang-barang sekolah...
Bawa keluarga pergi jalan-jalan...
Bawa keluarga pergi makan-makan... 
RM 500.00 menjadikan hidup mereka lebih selesa...
RM 500.00 mendekatkan mereka bersama keluarga.

RM500.00 dimanfaatkan sebaiknya...
Rezeki itu dikongsi bersama seisi keluarga...
itu detik yang paling bahagia dalam hidup.
Kongsi.
...dan menghabiskan masa bersama-sama keluarga.

Aku tumpang gembira.
Sharing is Caring.
Caring is Loving.


**Terima kasih sudi membaca. ^__^
Post a Comment

Klik Sekali