KLIK KLIK

12.12.11

Susah ke nak ucap " I LOVE YOU" ?

 Assalamualaikum...




Entry ini khas untuk para LELAKI yang budiman ...
Yang perempuan? Ye, tak salah membacanya... boleh la kongsi dan komen apa yang patut ye...


SITUASI 1 :
Seorang lelaki bernama Adam. Seorang bekerjaya. Berpangkat besar. Perempuan keliling pinggang. Adam baik dengan semua kawan-kawannya terutama perempuan. Ramai yang cun-cun malah ada juga yang sexy-sexy... wow! Hebat Adam ni. Bila di tanya siapa Ana? siapa Zulaikha? siapa Anis? mana satu girlfriend Adam? Semuanya bukan. Jawapan Adam semua tu kawan baik dia, adik angkat dia... Tapi dah berpuluh ribu Adam habiskan untuk mereka. Ana nak sambung belajar cari Adam. Zulaikha nak shoping cari Adam. Anis nak pinjam duit cari Adam. Bukan mereka bertiga saja, perempuan-perempuan lain sekeliling Adam semuanya baik bersebab. Ana kata nak sambung belajar. Duit dah habis tapi exam tak pernah lulus pun. Zulaikha cakap saja handphone apa tak pernah guna, setiap bulan mesti bertukar. Apatah lagi makan pakai dia... Anis pinjam duit kononnya nak bantu keluarga, tapi dibelanjakan bersama boyfriend dia...kawan-kawan puas menasihati Adam yang dia dipergunakan. Tapi Adam tak pernah rasa macam tu. Katanya dia sekadar menolong. Mana-mana saja perempuan datang minta tolong Adam tak pernah mengecewakan mereka. Adam sangat hebat dimata mereka dan Adam tidak sekali-kali merendahkan dirinya di mata perempuan dan kawan-kawan lelaki Adam. Walaupun Adam pernah susah namun tak pernah menunjukkan kesusahan dia di mata orang-orang sekelilingnya. Suatu hari Adam telah di 'brainwash' oleh kawannya kerana Adam semakin berusia tapi masih belum bertemu jodoh. Adam mengaku dia suka pada Syakila... kawan yang baru ditemuinya. Kawan-kawan Adam sangat support Adam supaya menyuarakan perasaan dia kepada Syakila. Tapi jawapan Adam.

Adam : "Adam nak tunggu masa yang sesuai... Adam akan bagitau dengan mulut Adam sendiri. 
             Benda ni bukan main-main. Adam akan aturkan masa yang sesuai untuk melamar dia."
Zali    :   "Nak tunggu apa lagi Adam, umur kau tu bukan remaja lagi dah. Kau nak buat macam mana lagi?
              Syakila tu tahu tak yang kau suka dia?"
Adam : "Syakila tak tahu lagi yang aku suka kat dia. Tapi biarlah aku tunggu masa yang sesuai untuk 
             bagitahu dia. Benda ni bukan main-main. Aku tak pernah ucap kat siapa-siapa pasal sayang ni"

Begitulah seterusnya. Adam dah berapa banyak kali terlepas peluang. Bukan tak ada perempuan yang mahukan dia, tapi perempuan-perempuan itu semua menunggu Adam meluahkan perasaan tapi akhirnya disambar orang. Sehingga Syakila ini hadir, kawan-kawan sekelilinga Adam menggesa Adam untuk cepat-cepat menyuarakan hasratnya. Sehingga ke hari ini Adam masih tidak dapat mengucap kata-kata hikmah itu sehinggalah Syakila turut menjadi isteri orang lain. Umur Adam meningkat 1 anak tangga lagi menjadi 44 tahun.

>>>Rasanya bukan susah pun, ucap saja "I LOVE  YOU". "AKU SAYANG KAMU", "AKU CINTA KAMU", Atau ucapkan dalam bahasa asing yang lain minta perempuan tu cari maknanya... sweet jugak tu.. atau s.m.s saja... "Aku ingin mengenali mu dengan lebih dekat lagi..." perempuan sudah tentu faham maksud itu. Atau kiasan saja "pen ini untuk awak, kalau awak terima saya dalam hidup awak sila jatuhkan pen ini bila-bila masa saja"....pun boleh...<<<
Post a Comment

Klik Sekali