KLIK KLIK

28.12.11

Doa Pagi dan Petang : Sila Baca

Assalamualaikum...
Apa khabar rakan blogger dan pembaca sekalian...
Chewah, macam ramai je, heheheh

Sedikit perkongsian dari Cik Semut hari ini.

"Mengapa orang sekarang lebih banyak mengalami gangguan jiwa? Penghuni di hospital-hospital sakit jiwa kebanyakannya golongan terpelajar dan bekerjaya. Golongan kelas atasan (memililki harta yang banyak) tapi jiwa mereka kosong. Semua benda rasa belum mencukupi walaupun telah memiliki segala-galanya. Negara maju bukan Islam contohnya banyak berlaku kes bunuh diri. Negara kita sendiri dah macam-macam kes pembunuhan. Lebih menyedihkan bila ada golongan Melayu dan Islam itu sendiri yang jadi mangsa dan  pembunuh. Kenapa ini berlaku?"


Sebagai peringatan kepada diri sendiri juga sebagai perkongsian kepada pembaca sekalian  pada pendapat Cik Semut masalah diatas adalah disebabkan satu faktor besar iaitu ceteknya ilmu pengetahuan tentang agama. Mereka yang terjebak dalam masalah ini selalunya orang yang mengabdikan diri dengan ilmu pengetahuan dan membuang agama dari diri. Iman itu sangat penting dalam diri manusia wahai kawan-kawan. Kalau kita tak ada iman di jiwa, kita tak kan dapat ketenangan, tak kan tenteram, tidak akan bahagia dan tidak ada perasaan reda. Kita akan sentiasa rasa runsing, celaru dan keliru.. Masa inilah syaitan durjana itu menghasut kita. Cik Semut rasa semua orang pun tahu hal ini kan.


Kalau hal ini berlaku kepada kita, cepat-cepatlah tersedar dan atasi. Antara salah satu usaha itu adalah pesanan daripada Nabi SAW agar mengamalkan doa pagi dan petang bagi mengatasi masalah jiwa antaranya seperti diriwayatkan oleh Abu Daud, daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a iaitu :

Allahumma inni a'uzubika minal hammi walhazan. Wa'a'uzubika minal 'ajzi wal kasal wa'a'uzubika minal jubni wal bukhli, wa 'a'uzubika min ghalabatid daini waqahrir rijaal.

Maksudnya : "Ya, Allah aku berlindung kepada-Mu daripada rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang dan penindasan orang."

~~Amin Ya Rabb~~


Sebagai usaha menjauhkan diri daripada perasaan ketidakstabilan emosi yang akan membawa kepada kecelaruan minda dan kegalauan hati. PERCAYALAH : sekali kita baca doa di atas, hati dan jiwa kita akan rasa tenteram sangat. Wallahu'alam.

SELAMAT BERAMAL.


Post a Comment

Klik Sekali