KLIK KLIK

29.12.11

Biar Tak Cantik, Asal Tak Sakit

Assalamualaikum
Apa khabar kamu, kamu dan kamu hari ni...

Haaa...Cik Semut ada cerita nak kongsi bersama ni...
Ni cerita pasal kanta lekap atau istilah bahasa Inggeris disebut "contact lense"...
Bukan nak jual kanta lekap tu ye kawan-kawan. Cik Semut cuma nak bercerita.

Pertama kali Cik Semut pakai kanta lekap tu agak-agak dalam 4,5 tahun lepas macam tu lah... Harga masa tu RM 70 ke atas. Hanya boleh didapati di kedai-kedai cermin mata dan klinik-klinik mata sahaja.

Hari ini di laman sosial Cik Semut tengok dah banyak yang jual contact lense ni. Kat blog-blog pun banyak. 

Macam-macam jenis ado!
Macam-macam corak ado!
Macam-macam warna ado!
Macam-macam harga ado!
Macam-macam saiz ado!
Macam-macam brand ado!

Yang pasti, budak-budak sekolah pun dah mampu nak beli. Mana tak nya, harga murah sangat. RM30 boleh pakai setahun! Atau jual package RM70 untuk 3 pasang contact lense.  Cantik dan menjimatkan! Rugi tak beli ni. Yang ada power dengan tak ada power, yang ada warna dengan tak ada warna sama je harganya...

Interframe lense i sikit.. heheheh
Cik Semut pun tak terkecuali merasai kanta-kanta lekap ni kat biji mata.
Memang ada perubahannya memakai kanta lekap yang baik dan mengikuti piawaian mata kita dengan kanta lekap yang murah dan lebih besar. 

Tapi jangan tertipu ye adik-adik, kakak-kakak.... Yang murah kita beli tu belum tentu terjamin. Bukan minta beli yang mahal, tapi biar mahal sikit asal mata kita terjaga. MATA tu aset penting tu! 


Nasihat dari pakar mata :
Sebenarnya tempoh mana-mana kanta lekap yang kita guna tu hanya boleh dipakai selama SEBULAN SAHAJA. Itu tempoh yang terbaik untuk mata. 
Dan sebenarnya juga, mata kita tidak boleh menerima saiz kanta lekap yang melebihi 13 atau 14 mm diameter. Tidak bagus untuk kesihatan mata kita sama sekali. 



Sesetengah orang berpegang pada prinsip BEAUTY IS PAIN. Tak salah sakit sikit untuk cantik... Tapi kalau dah macam ni biji mata kita, NO BEAUTY lagi dah.
Sebelum mata kita rosak, 
Sebelum mata kita kene conjuctivities
Sebelum mata kita BUTA...
PELIHARALAH ANUGERAH ALLAH INI SEBAIK-BAIKNYA.


Post a Comment

Klik Sekali