KLIK KLIK

15.11.11

Lif Berhantu...

Google saja

Assalamualaikum...

Cik Semut memang betul-betul tak sempat nak post entry baru kerana kesibukan tugas dan kehidupan Cik Semut di sini.. Maklumlah sekarang hujan tak tentu masa, Cik Semut gigih mencari makanan untuk simpanan di hari ujan nanti.. heh heh heh... begitulah ibaratnya... nak blogwalking pun tak sempat la kawan-kawan.

Hari ni Cik Semut nak cerita pasal LIF.

Semua orang pernah masuk lif kan... PASTI. 
Kita pun mesti pernah tengok budak-budak dalam dukungan mak ayah menangis-nangis waktu lif bergerak turun naik.... kan? 
Ada juga yang imagine terperangkap dalam lif bila naik seorang diri... (Cik Semut lah tu) heheheheh...
Bukan apa, sebab banyak sangat tengok cerita hantu dalam lif. Terpengaruh dengan cerita tu lah.
Cerita LIF BERHANTU pun banyak kali dengar kat hotel-hotel. Ada yang kata kat hotel selalu tak ditutup aras 4 sebab ada hantu suka naik lif dari aras tu. Macam-macam lah. Tak tahu sejauh mana kebenarannya.
Tapi itu lah,sebelum naik lif paling suka nak tekan punat turun naik lif tu.
Bila dah masuk lif kadang-kadang berebut nak tekan nombor aras kan...

pun Google juga

Bila lif dah mula bergerak, semuanya terdiam. Sunyi sepi dalam lif. Kadang-kadang telinga berdengung...
Bila pintu dah mula buka, cepat nak melompat keluar sebab takut lif tertutup...
Dah banyak kali dah kene kepit dengan pintu lif. Kalau kepit bagi kurus tak apa lah juga.. heheheheh.

Bila kali pertama kamu semua naik lif seorang diri atau dengan sendirinya tanpa bantuan daripada orang yang lebih tua?? Seingat Cik Semut, Cik Semut mula naik lif sendiri pada usia 9 tahun. Tak tahu lah usia itu terlalu awal atau terlalu lewat. Sebelum tu memang tak pernah naik lif sendiri. Selalu masuk pun mak ayah pimpin lagi... 

Suatu hari pada tahun 1993, waktu itu mak Cik Semut di hospital nak melahirkan adik lelaki Cik Semut. Ayah Cik Semut menjaga adik kedua Cik Semut  menjaga mak. Sementara nenek Cik Semut baru sampai. Nenek takut naik lif. Tapi tak dapat guna tangga sebab lututnya sakit. Jadi ayah minta tolong Cik Semut bawakan nenek. Masa tu teruja juga sebab rasa macam dah besar bila jalan seorang diri.Sampai je depan lif berdebar-debar la juga rasa hati. Takut bercampur teruja. Tapi Cik Semut tak keseorangan sebab ada lagi orang yang nak turun lif. So Cik Semut melangkah masuk. Memerhati semua yang ada dalam lif. Nombor-nombor aras, dan loceng kecemasan. Masa tu rasa tak takut sebab terfikir masa akan datang kalau terperangkap dalam lif tekan je butang loceng tu.... Cik Semut tersengeh-sengeh. 
Sampai aras bawah, nenek Cik Semut terkejut sebab yang turun tu Cik Semut seorang saja. Nenek macam tak yakin. Nenek tanya berani ke Cik Semut. Cik Semut pun dengan tersenyum-senyum bangga menjawab dengan penuh keyakinan yang Cik Semut sangat berani. Chewah! Akhirnya nenek tak ada pilihan lain. (Agaknya macam mana lah perasaan nenek waktu tu ye). Akhirnya sampai juga di aras yang tuju dengan selamat.  Lepas dah berjaya turun naik lif seorang diri tu apa lagi.... Seronok pula main turun naik lif berpuluh-puluh kali... Hahahahhahaha.....

Sekarang dah tak hairan. Siap posing dalam lif lagi. Tersangkut dalam lif pun dah pernah. =)

Posing kejap dalam lif!


Post a Comment

Klik Sekali