KLIK KLIK

1.11.11

Dasar Penipu!!!

Ini style omputeh, korang yang Melayu tu jangan la buat. Tak de faedahnya pun...


: Dasar penipu!!!
: Tak serik-serik kau nak tipu aku ye!
: Aku punyalah jujur dengan kau!
: Ini yang kau buat kat aku ye!!
: Sampai akhirat pun aku tak kan maafkan kau!!
: Aku sumpah kau jadi pinochio baru tau!
: Biar semua orang tahu betapa panjangnya hidung kau!

Amacam lakonan aku? hehehe, ada gaya macam Pelakon Wanita Popular tak?
Sebenarnya aku nak cerita pasal PENIPU ni...

Kamu rasa apa tujuan menipu tu?
Untuk menyelamatkan diri daripada mengakui kesalahan dan kelemahan diri?
Untuk menjaga perasaan orang? 
Untuk mengelak daripada merumitkan keadaan?
Tipu sunat?
Aisssh..... nampok sangat menipunye!
Mana ada istilah tipu sunat, tak de pon...
Kitab mana yang kata ade tu, habaq mai sat.

Tipu lah aku kata aku tak pernah menipu.
Aku mengaku aku pun pernah tipu...
pernah kene tipu...
aku yakin yang semua orang pernah tipu dan menipu...
sebab tu wujud lagu Tipah Tertipu 
Tipah tertipu tertipu tertipah...
Tapi kamu semua pun tahu yang menipu ni dosa kan...
Dosa kecil pun, kalau banyak-banyak menipu boleh jadi banyak, boleh jadi besar...
Aku pula dah ada teori baru yang membuatkan aku tidak menipu lagi...
Teori aku berbunyi... TIPU ITU PENAT.
Penat la nak cari helah, Penat nak mereka cerita, Penat nak memutar belitkan fakta...
dah tu buat apa nak susah-susahkan diri jadi PENIPU?
Tak payah menipu. Cakap je terus terang. Hakikat kebenaran itu memanglah pahit. Macam ubat.
Yang pahit tu lah sebenarnya penawar kehidupan.

Pepatah orang-orang tua, 
"Siakap senohong gelama ikan duri, Bercakap bohong lama-lama mencuri'
Nah, inilah jadinya lepas aku baca artikel  berita harian online pasal budak 7tahun, 8tahun mencuri di 26 kediaman! Mengucap panjang aku. Apa nak jadi dengan generasi kita akan datang ni kalau sekarang ni dah macam-macam perkara yang tak sihat kita dengar, kita baca, kita tengok.

Hah! Yang remaja nya pula, menipu gaya remaja. Bagitau mak ayah pergi tuisyen, rupanya pergi dating, memadu asmara sana sini yang jelek juga kita terjumpa di shoping kompleks, taman bunga, tepi sungai, pusat rekreasi malah ada yang menghabiskan duit mak ayah yang kononya pergi membeli buku rupanya menyewa hotel murah. Begitu maju generasi aku. Waktu seronok tak ingat DIA yang mencipta kita, tak ingat mak ayah yang membesar dan berkorban untuk kita, bila dah memboyot baru ingat semua tu. Tapi apa guna. Ada yang akal panjang mencari helah dengan MENIPU. Menambah lagi dosa yang ada. Ini yang jadinya mcam cerita pasangan terlanjur ni. 
Yang kesian tuh! tuh! baby dalam kandungan tu!! Macam mana nasib masa depan dia?
Generasi negara kita akan datang tuh!

Dah banyak dengar, 
Dah banyak tengok,
Dah banyak baca....
Cerita yang tak sudah-sudah ni...
Di mana puncanya...

Aku doakan kalian yang sedang membaca ni dijauhkan dari segala PENIPUAN dan MENIPU. Moga hidup kita semua dirahmatiNYA. Aminnnn
Post a Comment

Klik Sekali