KLIK KLIK

8.11.11

BOHSIA...

Assalamualaikum kawan-kawan yang membaca..

Macam mana dengan sambutan Aidiladha anda? Meriah atau biasa-biasa saja..
Apa pun yang penting, hayatilah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang diperintahkan oleh Allah SWT supaya mengorbankan puteranya, Nabi Ismail a.s.

Carian Google.


Tapi topik Cik Semut hari ini adalah pasal BOHSIA.
Cik Semut mengenal perkataan tu sejak sekolah rendah lagi. Masa tu darjah 6, bohsia ni 'famous' dikalangan kakak-kakak sekolah menengah. Bohsia yang Cik Semut definisikan dalam kepala otak masa tu adalah  para perempuan yang buruk tingkahlakunya dan pergaulan yang bebas. Jadi masa sekolah rendah tu agak berdebar bila nak melangkah ke alam menengah sebab takot terserempak dengan kakak-kakak bohsia yang pada ketika itu dalam fikiran Cik Semut ni, bohsia ni seorang yang sangat negatif tingkahlakunya. 

Tapi bila dah melangkah ke alam menengah, bila dah tengok dengan mata kepala sendiri tak adalah seperti yang Cik Semut risaukan sangat pun. Janji pandai jaga diri sudah.... Cik Semut pun ada kawan-kawan yang memang bohsia ni. Dari segi mereka berpakaian pun kita dah boleh tahu Minah tu bohsia ke tak... ada juga yang berpakaian lagak seperti bohsia tapi sebenarnya bukan bohsia pun...

Hari berganti hari, tahun berganti tahun Cik Semut tetap tak memilih kawan. Cuma mereka yang bergelar bohsia ni saja yang segan-segan nak berkawan dengan Cik Semut kerana ketika itu Cik Semut adalah  Penolong Ketua Pengawas sekolah.

Hari berganti hari, tahun berganti tahun, setelah 5 tahun berkenalan dengan mereka yang pada hemat Cik Semut ada juga yang teruk rutin hariannya tapi ada juga yang baik hatinya.Mengapa mereka jadi macam tu? Kerana  faktor sejarah silam mereka. Ada yang telah menempuh sejarah hitam sejak kecil lagi. Tapi itu bukan kehendak mereka Ada juga yang kerana perasaan yang memberontak dan inginkan perhatian. Majoriti daripada mereka adalah daripada latar belakang keluarga yang porak peranda dan kurang kasih sayang. Itu pun bukan kehendak mereka. Cuma mereka memilih jalan yang salah.

Tapi hari ini, bila laman sosial 'facebook' mula mengeratkan persahabatan Cik Semut dengan mereka semua,  kami yang jauh terasa dekat. Terima kasih kerana masih sudi menjadi kawan Cik Semut lagi. Kami tidak pernah mengungkit cerita tentang keadaan dan sejarah mereka dulu-dulu. Menyimpan kemas rahsia silam itu. Kerana dulu adalah yang dulu. Hari ini adalah lebih baik dari semalam.

Hari ini, Cik Semut boleh simpulkan mereka yang pernah menjadi bohsia telah menemui kehidupan yang lebih bagus. Ada yang lebih bagus dari diri Cik Semut sendiri. Pintu taubat dibuka sepanjang masa.  Mereka telah menemui kehidupan yang lebih bagus. Melihat kebahagiaan dan kejayaan mereka hari ini membuatkan Cik Semut tersenyum. 

Moral of the story : Kalau ada kawan-kawan yang negatif, doakan dia.. Jangan buruk-burukan dia. Kerana setiap kata-kata yang lahir dari lidah itu adalah satu doa. Oleh itu, berdoalah sesuatu yang positif untuk mereka. Moga-moga yang membaca blog ni kita semua sama-sama diberi kekuatan dan kreatif dalam mendidik anak-anak kita supaya mereka menjadi generasi yang positif minda dan tingkah laku serta gemilang kepada negara. Insyaallah.


Post a Comment

Klik Sekali