KLIK KLIK

30.11.11

Ada Kawan Dalam Hutan...

Assalamualaikum kawan-kawan...
Tak kira laa follower ke, reader ke... korang tetap kawan Cik Semut...

Maaf kerana lama tak mengirim khabar berita kerana kesibukan yang melanda diri Cik Semut...
Mai sini Cik Semut nak bercerita sikit...

Dah lama Cik Semut tak pergi Jungle Tracking... Siapa yang suka masuk hutan macam Cik Semut sila angkat tangan... haaa, boleh gang la kita ... Dulu masa zaman muda-muda dulu, Cik Semut aktif jelajah hutan sana, hutan sini... panjat bukit sana, bukit sini... masuk gua sana, gua sini... pantang ada  yang mengajak terus je pergi. Sanggup ambil cuti semata-mata nak menghabiskan tenaga dan wang ringgit untuk hobi yang satu ni... Seronok Bedah oiii..... masa ni lah nak bina stamina.. Berat badan pun boleh turun 5kg tau! Sekarang umur pun dah makin meningkat, tanggungjawab dah makin banyak nak luang masa untuk diri sendiri pun kadang-kadang tak sempat...


Lokasi : Woodland Resort, Taman Negara Pahang.
Daerah : Jerantut.

Negeri Pahang masih hijau dengan hutan simpan, masih berpenghuni kaum-kaum orang asli.... Subhanaallah masih di beri kesempatan untuk meneruskan hidup berjumpa dengan ciptaan-ciptaan Ilahi ini.
Standard harga chalet rm200 kebawah. Selesa juga dengan persekitaran  yang segar menghijau sangat mendamaikan jiwa. Tidur malam garenti lena punya lah! Ada air-cond.


Ini antara bekalan yang Cik Semut suka bawa waktu tracking. Coklat Cadbury kegemaran, minuman isotonik kesukaan Cik Semut dan spray serangga. ehehheheh... (sebagai pelindung diri).


Petunjuk arah yang membuatkan Cik Semut rasa nak pergi semua tempat.


Nampak tak rumah-rumah tu. Itu rumah-rumah orang asli yang menghuni di sini. Cik Semut tak pasti orang asli ni dari suku kaum apa sebab tak sempat nak interview mereka.. heheheh 
(sebenarnya takot nak masuk situ)

Sengaja besarkan gambar ni.. Inilah kawan Cik Semut dalam hutan.. Encik Pacat. Heeee. Sangat seronok dapat berkenalan dengan Encik Pacat ni... Banyak juga yang melekat di kaki Cik Semut, tapi biarkan saja... Seronok bila tengok gemuk-gemuk Encik Pacat menghisap darah... 
(Cik Semut tahu korang ada yang geli kan)

Kemudian berkenalan dengan manusia asli, belajar cara masak nasik dalam buluh... 

Belajar cara menghidup api tanpa mancis, tanpa lighter...

Tengok tu.. Ikan-ikan kelah sedang bermain-main. Cik Semut tak lepaskan peluang untuk memberi makan ikan-ikan kelah ni. Melihat ikan-ikan ni berenang-renang mengelilingi Cik Semut sungguh membahagiakan. Walaupun dekat tapi tak dapat capai walau seekor pun. Ikan kelah ni dipelihara rapi kerana spesis ni hampir pupus. Seekor boleh mencecah ratusan ringgit tau!

Satu lagi aktiviti yang sangat digemari iaitu Kanopi Walk. Tapi tak sempat nak upload gambar la kawan-kawan ku... Jambatan gantung tinggi sangat.heheheh.
Tidak ketinggalan aktiviti rempit dengan bot. Best sangat. 3 bot yang berlumba, menghimpit sambil jirus-jirus air sungai sehingga semuanya basah kuyup sangat menyeronokkan. 
(tak boleh snap picture nanti camera basah)

Bertolak balik chalet Woodland Resort.


Kawan-kawan kalau ada masa terluang tu pergi lah mengenal alam ciptaan Allah. Tinggalkan sebentar urusan pejabat, urusan keluarga, segala urusan rutin kehidupan dan setelah kembali pasti otak dan badan bertambah cergas.... Sukanya! Sukanya!



Post a Comment

Klik Sekali