KLIK KLIK

19.10.11

Seminar Seni Nusantara

Assalamualaikum ...
Moga kamu semua yang sedang membaca ni, sihat-sihat dan jauh dari sakit demam ye..

Sejak kebelakangan ni, Cik Semut sangat-sangat sibuk dengan tugas-tugas. Nak update blog pun tak sempat.. apatah lagi 'blogwalking'.. mintak maaf  ye kawan-kawan...

Salah satu aktiviti Cik Semut adalah ke USM, Pulau Pinang menghadiri Seminar Seni Nusantara. Seminar ni disertai oleh para mahasiswa dan mahasiswi yang aktif dalam seni tari dan seni muzik, bukan saja dari Malaysia turut hadir peserta-peserta dari :
  • UniMED (Universitas Medan ~ bidang muzik),
  • PSU (Prince of Songkla ~ bidang seni tari ) dan 
  • TSU (Takhsin Universiti, Songkla ~ bidang seni tari).

Seminar ni 3 hari , 23 hingga 25 September 2011. Hari pertama dan kedua sempat ah kami bertukar-tukar fikiran mengenai seni, budaya, pemikiran dan cara hidup negara serumpun kita.. NUSANTARA... Kami menari tarian Randai bersama-sama.. sangat seronok. Malam hari kedua kami disajikan dengan persembahan dari mereka. PSU  & TSU dengan persembahan tarian yang sangat unik. UniMED pulak dengan persembahan muzik yang sangat memukau penonton.. HEBAT.. persembahan wakil dari Malaysia adalah dari UMS (Universiti Malaysia Sabah) dan UNIMAS (Universiti Malaysia Sarawak) dengan persembahan tarian yang tidak kurang hebatnya. Hari last, kami melancong di Pulau Mutiara itu... Malas nak celoteh panjang sebab tuntutan kerja yang sedang menunggu, jom saksikan gambar2 kami. 

TARAAAAAAA!!!


Mereka ni student Cik Semut... waktu dalam bilik seminar yang diberi nama KOMCHA
(Kompleks Cahaya)


Hari pertama selepas habis seminar, jalan-jalan cari makan di tapak ekspo konvokesyen.
Pekena Char Kuew Teow Sg. Dua yang memang best, tak dapat la kat Pahang.


Ini sewaktu bengkel Tarian Randai. Tiga negara bersatu... Seronok sangat. Kadang macam ayam cakap dengan itik sebab berlainan bahasa, tapi masih faham... ehhehe


 Bergambar kenangan bersama mahasiswi Malaysia dan Thailand


Unik dan sangat gemalai peserta dari Thailand


Hero Malaya dari borneo


Gambar jalan-jalan ni sekeping je lah, nanti kamu orang jeles... ehheheh


Tamat Sudah..... Terima kasih sudi membaca.
Post a Comment

Klik Sekali