KLIK KLIK

27.10.11

permainan tanya-tanya soalan menarik



Assalamualaikum...

Lama betol jari jemari ni tak menaip...
Bila outstation, kaki, tangan, badan, otak semua berkerja mengerah tenaga masing-masing...
Bila dah masuk office jari-jari mengembleng tenaga bersama otak untuk menyiapkan tugas-tugas menaip contohnya seperti yang anda semua sedang baca ini....

Mula-mula buka blog ni, Cik Semut di tag oleh seorang rakan blog Miss Marmalade.Ajak main tanya-tanya dan jawab-jawab soalan...Terima kasih....Sekarang Cik Semut jawab ye dik....Soalan-soalan yang ditanya akan dijawab seperti berikut :

1. Nama penuh & nick name 

Jawapan mudah : Nama aku Afiza Azmi

Nick name aku memang banyak, mari aku ceritakan.

Fiza sempena nama penuh aku. Yang nakal sikit tu terus dibaginya aku Pizza Hut. Tapi aku tak kisah lah, aku memang suka makan Pizza Hut pun.. hehehhe

Along sempena Cik Semut anak pertama. Zaman sekolah dulu semua orang panggil Along kadang-kadang terlupa nama sendiri sebab dimana-mana pun orang akan panggil Along. Bukan Ah Long ye...

Along Mickey; sebab dari kecil sampai besar memang minat sangat ngan Mickey Mouse. Kenapa minat dia? Sebab dia comel, baik, suka tolong orang, romantik dan tegas. (Siap kaji karekter dia. Dulu setiap Sabtu memang dah mengadap TV3). Kalau orang tanya Along mana? Sebab memang ramai orang nama Along dalam dunia ni kan..dah pasti dijawab Along Mickey.

 Azza dan Fie nama ni kawan-kawan aku yang memang tak boleh nak panggil aku dengan nama selain dua nama ni.. Rupanya memang ada spesis yang tak boleh panggil nama aku selain Azza dan Fie. Dah betulkan banyak kali pun masih sama, So aku redha saja lah.  

Semut pula sebab nick name yang selalu aku guna kat Facebook dan Blog. Dah lama dah. kesnya bermula sejak zaman sekolah juga. Ada golongan yang panggil aku Semut. Sebabnya masa sekolah dulu aku ni kecil macam semut. (sekarang dah montel ye, tak kecil macam dulu lagi tapi gelaran itu memang kekal sampai sekarang.) Dari dulu sampai sekarang aku memang suka senyum. Sebab tu nickname aku Semut Senyum. Moga-moga aku terus kekal rajin macam semut juga.. 

Satu spesis yang aku jumpai lagi adalah yang panggil selain nama aku sendiri mahupun nick name aku. Azza dan Fie tu ada juga la bunyi 'Fiza'. Sesetengah ada panggil aku 'Liza'. Liza lebih glamor di dunia ni daripada 'Fiza'. Itu aku tak kisah, ni yang panggil aku 'Ina' dan 'Ida'. 2,3 orang juga la yang aku jumpa spesis ni.

 Apa pun mereka panggil aku, aku tak kisah... bukan nama teruk-teruk pun kan... kadang-kadang seronok juga bila ada nama baru.. heheheh. Panjang pulak jawapan aku. Bukan apa nanti korang tertanya-tanya pula kenapa dipanggil aku sebegitu rupakan.... 

2. Umur? 
Umur pada hari ini 27tahun 4bulan 2minggu dan 4hari

3. Masih belajar atau sudah bekerjaya? Tempat belajar/tempat kerja kalian?
Aku dah kerja dah.. dah tua-tua ni kena la kerja untuk terus menampung hidup.
Sekarang aku kerja di Universiti Malaysia Pahang.

4. Status kalian (single/married/complicated) :p
Nak kata complicated tak lah...
Nak kata married sah sah la belum, aku bujang lagi...
Nak kata single pun tak juga sebab bakal bergelar hak orang tak lama lagi.
Kiranya dah berpunyalah. Dah ada orang booked dah.. ehhehe

5. Hobi kalian.
Sebenarnya banyak hobi aku ni. Indoor dan outdoor.
Indoor aku ~ baca novel thriller. Karya yang aku memang tak pernah ketinggalan dan kagumi sudah tentu Ramlee Awang Murshid. Kalau free time kat rumah tu,aku lebih suka mengemas rumah. Tukar kedudukan perabot-perabot dalam rumah tu. Tak lah boring sangat tengok rumah sama je kan... Aku suka menaip terutama kat blog ni lah. Ada lah motif kalau aku menaipkan. Aku juga suka menulis. Tulis diary of course hari-hari. Pernah juga pergi kursus-kursus penulisan. Karya aku ada juga diterbitkan. Tapi aku tak boleh nak serius sangat buat masa ni..Aku suka menari. Kerjaya aku pun ada kaitan dengan seni tari ni. Aku merupakan Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN) Tahap 4 dibawah kelolaan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. 

Outdoor ~ Ada free time yang panjang aku lebih suka melancong. Setakat ni pusing dalam negara kita yang tercinta ni saja. Luar negara belum lagi. Ada juga menyimpan hasrat tu sebenarnya. Aku suka aktiviti lasak. Kayak, jungle tracking, dan yang sewaktu dengannyalah. Lagi satu hobi aku melibatkan aktiviti kesukarelaan di rumah kanak-kanak, rumah orang-orang tua, sukan paralimpik, mangsa-mangsa banjir... kalau boleh mangsa peperangan pun aku nak... Bila keluar daripada rutin harian dan bidang lain aku akan rasa fresh sangat-sangat umpama disuntik semangat baru. Barulah hidup terasa penuh makna.

6. Pernah tak bergaduh giler-giler dengan orang di sekeliling kalian?
Pernah. Sekali je kot seumur hidup aku. Masa tu aku muda lagi. Belasan tahun. Darah muda katakan. Aku gaduh dengan satu-satunya adik lelaki aku. Sampai bertumbuk! Bila difikir-fikir balik, dasyat juga lah aku ni. Tapi dah besar ni,kami pula paling akrab.

7. Makanan & minuman kegemaran?
Makanan kegemaran aku Sate. Burung Puyuh goreng. Sup-sup. Buah manggis dan delima.
Minuman kegemaran aku Jus Lobak untuk bantu mengurangkan power mata aku. Terbukti berkesan. Dan buat masa ni aku tak boleh tinggal nescafe pagi-pagi.

8. Pernah menangis tak? (JUJUR taw, tamo tipu ea)
Sudah tentulah pernah. Aku pernah menangis kerana gembira dan sedih. Mana-mana yang touching tu comfirm aku menangis. Tapi selalunya tak menangis depan orang. Jiwa kental la konon... heheheh.
 
9. Hasrat/Impian/Cita-cita kalian?
Cita-cita aku dalam kerjaya dah tercapai untuk menjadi cikgu dan berkecimpung dalam dunia seni dan budaya. Hasrat dan impian yang terdekat Aku Nak Kahwin... heheheh. Nak menjadi yang terbaik untuk diri aku sendiri, terbaik sebagai isteri dan terbaik sebagai mak!, Insyaallah.

10. Perkara paling membanggakan yang pernah kalian buat???
Perkara yang paling membanggakan yang aku pernah buat simple as me... Aku buat orang tersenyum dan buat orang gembira. Itu dah cukup bangga dan membahagiakan aku.

11. Kalian lahir dan menetap di mana sekarang?
Kenapa soalan ni last sekali.. heheheh
Aku dilahirkan di Specialist Maternity Hospital, Taman Berjaya, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Sekarang aku menetap di Kuala Pahang, Pekan, Pahang Darul Makmur. 

Selesai sudah soalan-soalan yang ditanya oleh Gadis Siam yang comel.
Bagus juga bila ditanya soalan-soalan macam ni. Boleh kamu-kamu yang sedang membaca ni mengenal siapa aku... dan aku sendiri lebih mengenal diri aku sendiri... 

Terima kasih kepada Miss Mizmalade.
Terima kasih juga kepada kalian yang sudi membaca.


Post a Comment

Klik Sekali