KLIK KLIK

28.10.11

Berpanas Berhujan

Assalamualaikum...

Dalam kesibukan harian Cik Semut... kali ini jemput kamu semut menonton gambar-gambar yang terpampang di bawah ini ye.... Selamat menonton...

Students Cik Semut dibarisan hadapan gigih membuat latihan mengikut rentak muzik yang bergema di Dataran Pekan.



Tidak ketinggalan yang boys yang turut gigih berlatih di cuaca yang panas sambil menyanyi-nyanyi.



Students ni masih amatur tapi bakat yang ada harus digilap. Tahniah kepada mereka yang  memberi komitmen yang sangat tinggi dan gigih berlatih.



Selepas berlatih, release kepala dan body jap, singgah di khemah Gasing dari Temerloh. Melihat contoh-contoh gasing, cara mengikat gasing dan cara membaling dan memangkah gasing. Warisan kita jangan dilupa ya...



Singgah di khemah sebelah dari Negeri Terengganu. Berminat dengan kayu yang punya nama-nama unik ni... Haaa kayu-kayu ni boleh dijadikan batu cincin... ada juga yang boleh dibuat ubat.
kata orang yang menjual tu lah...  tengoklah harganya..



Lepas jalan-jalan sekitar dataran, sambung buat latihan semula. Tengok tu sampai tertunduk-tunduk, mmg cuaca pada hari itu sangat panas menyengit-nyengit liang-liang roma.

Dapat berteduh di tepi-tepi pokok itu sangatlah bersyukur.. Dapatlah bernafas dengan fresh sekali...



Haa tengok tu... sementara menunggu waktu latihan seterusnya, sempat mereka ulangkaji di situ... 
So sweet la korang ni...



Ni semua gambar students Cik Semut je. Cik Semut tak sempat interframe sebab asyik amik gambar dorang je sambil memerhati suasana sekeliling...

Terima kasih sudi membaca.
Post a Comment

Klik Sekali