Skip to main content

Keajaiban Alam

Assalamualaikum...

Sabtu dan Ahad lepas, Cik Semut sangat-sangat suka hati sebab dapat keluar dari sarang Cik Semut melihat keindahan dunia luar bersama teman-teman Cik Semut... Dah lama rasanya tak keluar bersosial dgn kawan-kawan... asyik kerja, kerja, kerja.... selagi belum tutup mata, kerja! kerja! kerja!.

Ye, Cik Semut memang work-a-holic... kadang-kadang body pun stress, demam... tapi Cik Semut masih kerja. Ada kesempatan kawan Cik Semut ajak keluar jalan-jalan memandangkan jadual Cik Semut free time tu... apa lagi... kita ENJOY !!!!

Apa yang Cik Semut nak cerita di sini, fenomena malam minggu yang lepas... Cik Semut ni pencinta dunia malam. Sebab bila malam, suasana dingin dan tenteram. Malam itu, Cik Semut perasan yang persekitaran malam agak lain macam. Sangat indah, sangat terang, sangat tenang.... Kerap jugak la Cik Semut mendongak ke bulan. Bulan tak mengambang penuh, tapi cahayanya sangat terang, sangat tenteram. Tidak seperti malam-malam yang biasa Cik Semut lalui. Sinaran cahaya malam itu sangat menakjubkan sehingga mendamaikan hati. Cik Semut fikir perasaan itu hasil daripada keadaan Cik Semut yang tidak stress dan gembira.

Tapi bila buka facebook, bukak blog... rupanya ada fenomena alam yang Cik Semut tak perasan...
Subhanallah... Cik Semut bukan insan terpilih untuk melihat fenomena itu dengan mata Cik Semut sendiri, tapi Cik Semut bersyukur kerana terpilih merasai suasana yang menakjubkan itu... 

Subhanallah, itu saja yang mampu Cik Semut ucapkan.
Hanya Allah saja Yang Maha Mengetahui di sebalik kejadianNYA itu... 
Kita sebagai hambaNYA yang dikurniakan akal fikiran yang indah maka bersyukurlah atas keindahan alam ciptaan Rabbul Izzati...
Subhanallah, Alhamdulillah, Laa ilahaaillallah, Allahuakbar.

Gambar daripada facebook Ustaz Azhar Idrus
Kalimah ALLAH tertera di situ.. Subhanallah.... 
Sejarah : 09.10.11

Comments

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.