KLIK KLIK

22.9.11

Bila nak meminang girlfriend ni...???



Assalamualaikum kawan-kawan...


Dalam kekalutan aku menyibukkan diri dalam tugas-tugas harian mencari info-info terkini tentang bidang aku ni sekejap aku  merehatkan minda dan jiwa meluangkan masa bersama blog yang biasa-biasa saja ni...

RAHSIA HARI INI...
Apa rahsia aku nak bagitau ni? Ok, Hari ni hari apa kawan-kawan? Hari Khamis kan... ok, Rahsia Hari Khamis...ialah Khamis ialah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat kita... Kenapa ye kawan-kawan? Ye...kerana pada zaman nabi-nabi dulu, Nabi Ibrahim a.s yang mempunyai hajat telah pergi ke Istana Raja Mesir, dengan izin Allah, raja Mesir telah menunaikan hajat Nabi Ibrahim a.s dan mengembalikan isterinya Siti Sarah. Subhanaallah...

Oleh itu ye kawan-kawan, kepada kawan-kawan yang mempunyai hajat, lakukanlah pada hari Khamis... nak masuk minang girlfriend ke, nak mintak duit pendahuluan ngan bos ke, nak apa-apa sajalah... Berdoa dan laksanakanlah pada hari Khamis. Mudah-mudahan dengan izin Ya Rabul Izzati hajat kita tercapai, insyallah... 

Selamat Mencuba ye kawan-kawan...

Post a Comment

Klik Sekali