KLIK KLIK

28.8.11

Penat Shopping Raya



Gambar ehsan daripada Google

Assalamualaikum kawan-kawan...

Cik Semut baru je balik daripada shoping sakan sempena raya ni... Penat juga la seharian berjalan-jalan... tak pe lah.. boleh kurus kan, kawan-kawan.. heh heh heh.... 

Teman adik bongsu Cik Semut ni lah pergi beli barang dia... ni haa gambar dia... 


Interframe kejap...

Baru form 1...biasa lah budak-budak baru nak membesar... nak bergaya macam ni lah, macam tu lah...budak-budak zaman sekarang ni faham-faham saja lah.... beli kasut, beli baju, beli tudung, beli ini, beli itu....itupun tak cukup lagi... macam 1 shopping mall tu dia nak beli... haiiihhh... 

Jalan-jalan tadi sempat lah terserempak dengan kawan-kawan Cik Semut. Kawan sekolah rendah, sekolah menengah, rakan sekerja semua kelihatan ceria membeli belah......kat bandar Kuantan hari ni raaaaammmaaaiiii sangat manusia... Padat beb! Macam-macam gelagat. Kemudian terserempak lah dengan Cik De adik beradik shopping di tempat yang sama. Borong tudung nampaknya tadi.. heheheh..

Bukak puasa pun sempat-sempat je makan Big Apple, pastu sambung jalan sampai ke malam hari... On the way nak balik ke rumah tadi, macam ada kemalangan je kat simpang depan tu, malas nak menyibukkan diri. Setiap tahun memang ada je yang maut dan cedera parah. Korang-korang yang balik kampung tu, tak kira la dekat ke, jauh ke... sebelum bertolak tu, baca la doa dulu... drive carefully... moga-moga selamat sampai ke kampung halaman. Risau Cik Semut ni,tau!

Balik rumah terus terbungkam melepaskan penat... Esok cadang-cadang nak rehat kat rumah je... Kemas-kemas rumah la pulak. Lusa nak keluar lagi, nak buat persiapan terakhir beli apa-apa yang patut dan ambik baju raya...Tak sabarnye nak tengok baju raya yang dah siap... Tahun ni tema warna merah. Korang warna apa pulak?

So, korang punya persiapan raya macam mana? Tengah busy buat kuih raya ke? Atau tak siap make up rumah lagi....???



Post a Comment

Klik Sekali