KLIK KLIK

24.8.11

FACIAL

Assalamualaikum... 
Apa khabar kawan-kawan di bulan puasa penuh barakah ini...

Baru-baru ni Cik Semut sempat la gi facial. Maklumlah raya kan dah tak lama (sebenarnya saja je teman kawan gi buat, alang-alang teman tu, buat la facial sekali..) First time Cik Semut pergi SPA tu... Owner Melayu tau... Ok lah... Not bad... Kita kenalah support perniagaan orang-orang Melayu... Spa ni tak de lah besar sangat, tapi boleh menguntungkan kalau beautician tu pandai memainkan peranannya dengan suasana yang penuh ketenteraman... Masuk je SPA tu, kami terus didendangkan dengan alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran... sungguh tenang dan mendamaikan... Jom tengok gambar-gambar yang sempat Cik Semut Snap...


Mula-mula masuk terus ke kaunter... boleh la membelek-belek pamplet yang ada kat situ...



 
Ini lah produk-produk yang digunakan untuk rawatan SPA di situ... Nampak tak, ada piala-piala atas almari ni...tu lah pencapaian Owner spa ni dalam bidang perniagaan penjualan produk-produk tu... Rupanya perniagaan SPA ni dikedalikan oleh sepasang suami isteri...


Boleh nampak tak laluan menuju ke bilik rawatan? Tak clear sgat ye... tak pe, meh Cik Semut tolong selak langsir jurai-jurai tu...



Taraaaa.....inilah laluan nya.. kiri kanan tu ada bilik-bilik rawatan... Jom kita terjah bilik rawatan tu pulak k..



Ni lah dia bilik dia.. siap ada tab mandi lagi tu... muat-muat sorang je masuk... Melayu sangat kan? ok lah tu..



Tu dia rak yang ada produk-produk untuk facial...



Inilah dia produk yang digunakan... Sangat fresh tau... Nyaman je rasa.... 
Ini pulak produk-produk untuk mandian...



Sementara menunggu kawan Cik Semut siap, boleh la bersantai-santai di sini.. Membaca dan belek-belek majalah ataupun menonton T.V...


Spa ni namanya SPA As-Saadah... di Inderapura,Jalan Pekan-Kuantan. Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti facial, urutan, mandian, bleaching, slimming, mandi aura... Ada jugak di jual perfume yang telah dibacakan Ayat-ayat suci Al-Quran... Satu lagi yang paling penting...

*
*
*


 Ada WiFi...apa lagi.. boleh la terus wat entry baru serta merta....



Cik Semut kata : " Tak dapat komisyen pun Cik Semut kenalkan spa ni.. ini hanyalah sekadar perkongsian... Bangga bila orang-orang Melayu berjaya dalam perniagaan.. "

Post a Comment

Klik Sekali