KLIK KLIK

22.8.11

Diet Rasullullah


 
Assalamualaikum kawan-kawan dan Salam 1 Malaysia…

Baru-baru ni Cik Semut ada dengar tazkirah mengenai Diet Rasullullah s.a.w. Sempatlah Cik Semut catit sedikit sebanyak untuk kongsi dengan kawan-kawan semua. Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana penjagaan makanan seharian. Rasullullah memang contoh terbaik untuk kita.

Kita semua mesti takut dengan penyakit darah tinggi, kencing manis, lumpuh, gaut, sakit jantung, keracunan makanan dan macam-macam lagi penyakit lebih-lebih lagi hari  tua kita… Mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu ye kawan-kawan, ilmu ini boleh diturunkan kepada generasi akan datang ye supaya generasi esok lebih cergas dan cerdas ye…

Rasanya lepas ni tak perlulah kawan-kawan menghabiskan wang ringgit nak makan pil kurus.. Insyaallah dengan mengamalkan ilmu ni, kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan lagi… Insyallah boleh kurus dan sihat.



Jangan makan susu bersama daging

Jangan makan daging bersama ikan

Jangan makan ikan bersama susu

Jangan makan ayam bersama susu

Jangan makan ikan bersama telur

Jangan makan ikan bersama daun salad

Jangan makan susu bersama cuka

Jangan makan buah bersama susu contohnye :- koktel

Jangan makan makanan darat bersama makanan laut.
Saintis juga telah mengatakan  dalam badan ayam mempunyai ion positif , manakala ikan mengandungi ion negatif, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan akan menyebabkan  tidakbalas biokimia yang boleh merosakkan usus kita.

Jangan sesekali tinggal makan malam  kerana sesiapa yang tinggalkan waktu makan malam bermakna tubuhnya akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda

Jangan makan buah selepas makan nasi, (itu budaya barat) sebaliknya makan buah terlebih dahulu baru kita makan nasi. Itu lebih mengenyangkan.

Hendaklah tidur 1 jam selepas makan tengahari untuk menambah tenaga. Rasullullah tidur pada tengahari kerana baginda akan berjaga malam untuk Qiamulail.

Mandi pagi sebelum Subuh
@ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.
Air mandi yang sejuk akan meresap kedalam badan. Ia boleh mengurangkan lemak yang berkumpul dalam badan.

Minum segelas air sejuk
(bukan air ais) setiap pagi. Insyaallah penyakit susah nak dekat dengan kita.

Waktu Solat Subuh disunatkan kita bertafakur (sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak daripada sakit pening atau migrain. Para saintis turut membuktikan  melalui kajian kenapa dalam sehari kita perlu sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Makan dengan tangan dan hendaklah menjilat jari selepas habis makan.
Ahli saintis telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme tersebut adalah sejenis alat pencerna makanan. Tanpanya makanan tidak hadam)



“Kawan-kawan sekalian janganlah mengharapkan perubahan yang besar dalam jangka masa terdekat nie.... ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.. Insyaallah. Jadikan Sunnah Rasullullah untuk gaya hidup kita yang sihat. Insyallah”




Post a Comment

Klik Sekali