KLIK KLIK

19.7.11

Kuih Raya

Assalamualaikum...

gambar digoogle. sila Klik Kuih Raya

Hari ni di pejabat Cik Semut dah kecoh pasal jual kuih raya. Diam tak diam, tinggal kurang 2 minggu kita nak menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak. Time ni dah ada yang hantar sample-sample kuih. Ada yang dah siap tempah. Cik Semut cukup suka dengan biskut kacang dan kuih bangkit. Nyam, Nyam... Dari Cik Semut kecil sampailah besar remaja dewasa kini kuih kacang dan kuih bangkit tetap menjadi dambaan.

Apa kuih kegemaran kamu semua? Hati rasa seronok bila tengok kuih muih pelbagai rasa, pelbagai jenis, bewarna warni. Meriah sungguh! Aktiviti merasa dan membelek kuih raya sambil bergurau senda dah lama ditinggalkan setahun yang lalu. Dalam kesibukan kerja, kuih raya jadi pengikat kemesraan kami rakan-rakan sekerja. Bila seorang dah mula membelek-belek kuih raya tu, kemudian datang lagi seorang, tambah lagi seorang. Suasana sunyi macam dalam library mula riuh dengan ketawa rakan-rakan. Kadang-kadang hingga menarik perhatian Encik Boss. Dia pun turut serta menjamah merasa kuih-kuih. Kemudiaan semuanya kembali sambung kerja dengan senyuman.

Cik Semut : "dah terbayang kuih-kuih raya yang ditempah tadi.. ehheheh. 
Apa kesukaan korang pula? "




Post a Comment

Klik Sekali