KLIK KLIK

10.7.11

Bharatanatyam

Bismillahirrahmannirahim...

diGoogle saja...


Dah lama Cik Semut tak update blog ni. Kalau kat luar ni mesti sang lelabah dah bermastautin kat sini... Lokasi Cik Semut sekarang di Blok W, Universiti Malaysia Pahang... Ada bengkel tarian klasik India... Tarian Bharatanatyam kiranya salah satu daripada tarian yang sangat susah untuk dipelajari. Memerlukan ketangkasan berfikir dan ketahanan fizikal dan mental. Bagus untuk aktifkan otak kiri dan kanan,postur tubuh yang menarik dan lebih tabah. Students Cik Semut pun sangat bagus. Mereka tak kenal erti berputus asa. Sanggup belajar sampai habis... walaupun kaki dan badan dah sakit-sakit. walau muka tu dah tak boleh nak senyum lagi dah... Cik Semut bangga dengan mereka. Apa pun, Cik Semut harap ilmu yang diperolehi ini bukan hanya tinggal di sini. Moga-moga mereka boleh praktikan ilmu yang telah disampaikan ini sebaik-baiknya. Objektif Cik Semut nak dorang semua ni boleh perform pelbagai jenis tarian tanpa mengenal  agama, bangsa dan keturunan...

Cik Semut : tetap tabah dan kuatkan semangat!!!

Post a Comment

Klik Sekali