KLIK KLIK

25.7.11

BANTAL mana yang best?

Assalamualaikum

Teringat sewaktu zaman gila-gila remaja dulu. Zaman kita sekolah menengah la.. nama pun remaja, mestilah sekolah menengah kan... Time tu Cik Semut mula membaca majalah Remaja. Cik Semut pasti korang-korang yang pompuan tu mesti dapatkan majalah tu sebulan 2kali. Tak kira lah, beli sendiri atau pinjam dari kawan.. Cik Semut jugak terpengaruh dengan majalah tu bila mula meminjamkan daripada seorang kawan. Banyak pulak info-info alam remaja yang best-best. Bila dah besar dewasa ni, ada jugak membelek-belek, kalau nak beli dah rasa mcm tak sesuai ngan jiwa hehehehe, ape pun dalam belek membelek tu ada jugak info-info yang masih boleh digunapakai. Cik Semut dulu suka kalau baca bab tafsiran-tafsiran kendiri ni...Meh Cik Semut kongsi pasal BANTAL yang Cik Semut masih ingat lagi. Majalah tu pun Cik Semut lupa tahun berapa. Tapi yang pasti sumber memang dari majalah kegilaan para remaja tu lah...

 **sejenis bantal yang ditemui selepas diGoogle

MEMELUK BANTAL   
Siapa-siapa yang suka tido sambil peluk bantal tu orangnya berjiwa seni.
         
BANYAK BANTAL
Orang yang suka tidur dengan banyak bantal (sekelilingnya penuh bantal) dorang ni kurang keyakinan diri. 

SATU BANTAL 
Ada juga orang yang suka 1 bantal je..
Dorang ni seingat Cik Semut boleh menerima apa saja keadaan. (flexible)

BANTAL BAWAH KAKI
Orang yang suka letak bantal bawah kaki ni katanya jarang bergaul dan kaku dalam pergaulan
Kira macam pendiam dan suka buat hal sendiri lah...

TIDUR TANPA BANTAL
Dorang ni overconfident. Sangat yakin dengan diri sendiri. Sampai ego sangat pun ada.


 
 
Cik Semut : "Betul ke, tak betul ke, kamu orang semak la diri sendiri. Mungkin secara kebetulan atau memang ada kajian tentang ini. Lepas ni boleh la tengok adik2, abang2, kakak2 kita tidur berbantal ..."
Post a Comment

Klik Sekali