KLIK KLIK

18.7.11

Cik Semut dan Blog

Assalamualaikum..

**gambar di google

Cik Semut ni bukanlah blogger yang 24jam sehari mengadap entri-entri dan mengemaskini entri. Nak mengaku jadi blogger pun cam malu...sbb rasa diri tak layak pun. Sebenarnya suka-suka je mengisi masa lapang. Bercerita apa aktiviti Cik Semut dan menyelitkan entri-entri untuk berkongsi ilmu dengan pembaca dan yang lebih penting sememangnya Cik Semut suka menulis dan menaip walau kadang-kadang otak ni tak larat nak perah untuk keluarkan idea.

Tapi sekali sekala tinjau-tinjau di dunia blog ni, Cik Semut rasa seronok. Ada kawan-kawan baru. Ada topik-topik baru. Ada bermacam-macam yang menarik. Memang tak jemu lah! Sbb tu Cik Semut makin lama makin sayang kat dunia Blog. Kadang-kadang membaca entri-entri rakan yang lain rasa bangga pun ada. Mereka tak segan-segan menulis apa yang terlintas walaupun berkongsi kehidupan mereka dengan pembaca.

Sekarang Cik Semut tak sangka diam tak diam kawan Cik Semut dah ada 92 orang hari ni sejak blog Cik Semut lahir pada 5 bulan yang lalu.. baru je lagi sebenarnya. Masih banyak yang Cik Semut kena belajar lagi untuk kekal di dunia blog ini. Harap kawan-kawan Cik Semut sama-sama dapat sokong Cik Semut ye.

Cik Semut : Sangat Sayang Sahabat-sahabat Cik Semut di sini.
Post a Comment

Klik Sekali