KLIK KLIK

16.6.11

Hormon Penting

Assalamualaikum...

Ada yang stress di tempat kerja?
Tugasan yang melambung-lambung mesti memberi kesan negatif kepada kita pada hari tersebut.
Kalau kita bekerja dalam keadaan tergesa-gesa, tertekan, kelam kabut macam lipas kudung ... 
Perasan tak yang waktu itu denyutan nadi dan jantung kita berdegup dengan sangat kencang?
Sebenarnya jantung dan nadi sedang mengepam darah  kita dalam keadaan yang tak stabil. 
Keadaan ini boleh menyebabkan kita menghidapi darah tinggi dan migrain
Otak dan minda kita juga tak mampu bekerja dengan baik dan boleh menjejaskan kesihatan kita.
Sebab itu akan nampak murung, tak happy, dan cepat marah.

Gambar diGoogle

Bila fikiran kita berada dalam keadaan yang bersih, jiwa akan menjadi tenteram, badan akan merasa tenang sekaligus minda kita dapat berfungsi dengan baik dan sihat.

Jadi, ambillah waktu untuk berehat sekejap bila kita sudah mula berasa keadaan menjadi terlalu tertekan. 
Tinggalkan meja kerja sebentar. 
Keluar berjalan-jalan melawat kawan-kawan sepejabat yang lain. (Jangan lama-lama itu mengular namenya). Sambil jalan-jalan tu, tarik nafas dalam-dalam dan menghela dengan panjang. 
Pernafasan seperti ini akan menambahkan kandungan oksigen yang dibekalkan ke otak. 
Menyapa kawan-kawan dengan senyuman, bertegur bersenda gurau bergelak ketawa akan menghasilkan hormon endorfin (hormon yang melahirkan rasa bahagia, rasa seronok, rasa positif). 
Hormon ini yang membuatkan minda dan badan kita lebih cerdas dan cergas.

Gambar diGoogle

p/s : Mungkin lepas ni, Cik Semut perlu menyusun waktu untuk
pergi spa,facial, hair treatment, manicure pedicure, hehehe!



Post a Comment

Klik Sekali