KLIK KLIK

15.6.11

KUM-KUM

Assalamualaikum..

Kawan-kawan dah makan tengahari? Atau ada yang masih meneruskan puasa sempena Rejab? Apa pun syukur kita ke hadrat Allah kerana masih bernafas di bumi Allah ini.

gambar dari Google

Cik Semut nak kongsi cerita kejadian di rumah Cik Semut semalam. Cik Semut bersama dengan teman serumah Kak Amy dan Kak Ayu. Kami bertiga. Semalam kami merehat-rehatkan diri sambil menonton TV3 cerita KUM-KUM. Korang tengok cerita tu tak? Alaaa yang Marsha berlakon tuu...dia jadi hantu KUM-KUM. Mencari mangsa anak dara sunti untuk pulihkan kecantikan di wajahnya... Dipanggil hantu KUM-KUM sebab hantu tu pergi ke rumah mangsa dengan menyebut "Kum-Kum". Mangsa akan mendengar seperti ada orang memberi salam.Ada yang menjawab salam dan membuka pintu. Apa lagi, habis la riwayat hidup anak dara sunti tu bila berjaya menjadi mangsanya dengan menyiat kulit muka si mangsa.

Bercakap pasal memberi salam juga, dulu-dulu Cik Semut ada pernah terdengar orang pukau juga ada melalui salam. Mungkin sama macam hantu KUM-KUM kot. Dia tak memberi salam tapi orang yang mendengar pasti akan menjawab salam. Yelah, memberi salam itu hukumnya Sunat, menjawab salam itu Wajib. Salam itu juga suatu doa.

gambar dari Google jugak
Tapi bila tengok gambar ni, kenapa geli dengan cicak ek?

Berbalik dengan cerita hantu KUM-KUM TV3 tu, sedang kami asyik menonton tiba-tiba seekor cicak 'blepeekk!!'  jatuh ke lantai.. Melompat kitorang. Cicak tu pulak tak mau lari. Tak tau kenapa. Teralih pula perhatian kami kat cicak tu. Terlupa tentang cerita KUM-KUM.
Cicak tu sakit ke?
Cicak tu kenapa tak gerak-gerak?
Cicak tu terkejut juga kot?
Macam-macam kitaorang fikirkan.

Maka bermula aktiviti menghalau cicak tersebut. Cari penyapu, cari Ridsect... 
Halau-halau,
Sekejap-sekejap terlompat-lompat...
Halau lagi, lompat lagi....
Ntah berapa banyak kalori dah terbakar semalam gara-gara menghalau cicak yang degil itu.
Kesudahannya cicak itu berjaya di halau, dan kami sambung tengok KUM-KUM.

*****

p/s :  Hantu? Syaitan ada di mana-mana untuk menyesatkan manusia. Kita yang harus waspada dan ada pendinding diri. Apa pendinding diri kita? Doa-doa dan amalan ibadah kita.
Kalau ada yang bagi salam kat luar rumah, jenguk dulu siapa gerangannya... Dengar betul-betul salam itu. Sebab itu kita tak digalakan sebut salam 'Akum' atau 'Askum',  sbb salam itu juga merupakan satu doa.

Post a Comment

Klik Sekali