KLIK KLIK

21.6.11

Doa pagi

Assalamualaikum..
Selamat pagi semua. Sebelum kita terus menjalankan aktiviti kita hari ni, marilah kita sama-sama berdoa di waktu pagi ini...



Bismillahirahmannirrahim...

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,  
Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,  
Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.

Aminn..  




"Moga hidup kita hari ini lebih diberkatiNYA. 
Insyaallah."
Post a Comment

Klik Sekali