KLIK KLIK

24.5.11

Spagetthi Carbonara (bukan dari tin makanan segera)



Hari ni ada seorang sahabat aku 'AIZA' bertanya tentang resepi nak masak Carbonara.
Aku tahu lah juga sikit-sikit. Sambil-sambil menaip resipi tu teringat aku kat teman-teman bloger. Mungkin aku juga boleh kongsi dengan kamu semua. Apa salahnya kan. 

Aku selalu buat spagetti je sebab aku tak minat makaroni atau yang lain-lain.
Aku kongsi apa yang aku selalu buat dulu-dulu. Waktu tu aku ada banyak masa untuk memasak.
Sekarang ni makan mana yang sempat je.

Tapi aku tak pandai nak ikut sukatan, main hentam je ikut sesedap rasa hati aku. heheheh. Cara masak yang nak aku kongsikan ni ikut konsep 3keje 1masa ye. So, kena la pantas dan alert.

Bahan-Bahannya adalah:
1.minyak zaitun / minyak masak
2.bawang besar potong2
3.bawang putih lumat2kan... (nak blender pun boleh... tapi aku suka potong-potong je)
4.Daging cincang / seafood
5.Telur
6.Lada hitam yang dikisar (nak senang beli serbuk lada hitam je tapi rasanya tak sama)
7.mayonnise heinz dlm stgh botol
8.keju Parmesen tu parut-parutkan

Bahan Tambahan : (takde pun tak pe)
1. Basil Leaves
2. Mix Vegetable
3. Margerin (wat sapu bekas nak letak spagetti)


Cara-cara :

1. REBUS
Mula2, masukkan minyak dlm periuk.
campur garam sikit.
masukkan air.
masukkan spagetti.
rebuskan sampai empuk.



2. TUMIS
Panaskan kuali.
Tumis bawang besar dan putih sampai garing.
Masukkan daging cincang/seafood bersama mix vegetable.
Biarkan sampai air daging/seafood tu kering,
kacau sehingga kuning-kuning.


3.SOS
Sementara tunggu rebusan masak,boleh la .. ambil bekas/mangkuk yang sederhana besar,
Pecahkan telur.
Pukul sehingga sebati.
Campurkan :
-mayonis,
-keju parmesen,
-serbuk lada hitam. 
Kacau smpai sebati. 
Biarkan di tepi.


4.TOS
Bila spaghetti dah masak, toskan dia.
Kemudiaan terus masukan separuh spageti tadi dalam bekas telur yang dipukul tadi. 
Gaul rata.
Biar telur tu dimasak oleh panas spaghetti itu.



5.GORENG SEKEJAP
 Tuangkan  spaghetti dan telur yang diadun tadi ke dalam kuali daging/seafood. 
Goreng-goreng.
(api biar medium ye kawan-kawan. Yang sedang-sedang saja.)
(kita goreng supaya telur tu masak betul-betul)
Kacau ~ Sebatikan dia...
Jangan masak sampai kuah kering.
Biarkan basah sedikit dan nampak lemak berkrim. 
(tapi aku suka kuah banyak, hehehe)
Tutup api. 


6. PENYEDIAAN
Ambil bekas yang sesuai, sapukan marjerin.
Spageti yang telah ditos tadi boleh dimasukkan terus ke dalam bekas yang dah disapu marjerin. 
Gaul-gaulkan.(supaya spagetti tidak melekat di bekas)

7. HIDANG
Tuangkan sos yang telah digoreng sekejap tadi  (no.5) keatas spagetti di dalam bekas.
Boleh la dihias dengan daun basil, lada hitam dan lebihan keju parmesen tadi.
TAARRRAAAAA....
psssttt ; "kalau terlebih rajin,spageti tu boleh bakar dalam oven kasi .keju tu cair sedikit lagi sedap...
Makan panas-panas mesti sedap.
(semua gambar aku google je) 
Tiba-tiba perut aku menyanyi girang.. lapar pulak rasanya.

NYAM NYAM ~~ SELAMAT MENCUBA.
Post a Comment

Klik Sekali